Gardenia Naikkan Harga Beberapa Produknya 1 Oktober Ini

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengesahkan telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

Pengeluar roti terkemuka itu dalam satu kenyataan ringkas kepada BH berkata harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em walau bagaimanapun kekal untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggan.

"Betul. Kenaikan untuk produk-produk terpilih sahaja. Harga untuk roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast'em kekal," kata seorang jurucakap Gardenia KL bagi menjelaskan mengenai senarai harga baharu roti keluarannya yang tular di laman sosial, hari ini.

Antara produk yang disemak semula harga bermula awal bulan depan ialah Gardenia Numee, Gardenia Fluffy Buns, Gardenia Puazz!, Gardenia QuickBites, Gardenia Double Choc Muffins, Gardenia Twiggies dan Gardenia Squiggles.

Gardenia KL bagaimanapun tidak memberikan sebab semakan harga itu dibuat kali ini.

Pada September tahun lalu, Gardenia KL menaikkan harga runcit produknya berikutan kenaikan kos bahan seperti tepung protein tinggi, serbuk putih telur, tepung gandum penuh, gluten, susu skim, penaik roti serta bahan-bahan pembungkusan.

Ia ditambah dengan cabaran lain yang dihadapi syarikat itu termasuk kesan pasca pandemik COVID-19 terhadap perniagaan dan kejadian banjir besar di Shah Alam pada Disember 2021 - BH

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ringgit sudah setara bau jubo..

    Ringgit menjadi mata wang berprestasi terburuk dalam kalangan 10 mata wang utama Asia, apabila merosot 4.85 peratus sepanjang Februari lalu.

    Kejatuhan ringgit diikuti yen Jepun yang susut 3.45 peratus; baht Thailand (-3.13 peratus); rupiah Indonesia (-2.65 peratus); yuan China (-1.90 peratus); dan dolar Singapura (-1.53 peratus).

    Penganalisis pasaran kewangan OctaFX, Kar Yong Ang, berkata kemerosotan mata wang tempatan itu adalah disebabkan langkah Rizab Persekutuan (Fed) mengetatkan dasar monetari pada Mac tahun lalu bagi mengekang inflasi.

    Bila barua DAP@LeeKwanYew Jadi PM semua rosak binasa Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak din sembab lagi teruk.Menyakau memanjang.

      Delete
    2. kalau letak din tompok, macam mana? Pkpk kan lah!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Explore the bloom of quality with Gardenia as we improve our products to meet even higher expectations." Discover an elevated degree of excellence beginning October 1st, reflected in a minor price change. We will continue to bring you the best, freshest, and most delectable things for your enjoyment. Thank you for becoming a valued member of the Gardenia family." I loved the way you organized your thoughts and views. It's incredibly easy to read and understand. I appreciate the time and effort you put into writing this content.
    Abogado de Divorcio de Rockville

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post