Lepas Zahid Dibebas, Rosmah Pula Mohon Dibebaskan..

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor memohon dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7.1 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menerusi afidavit sokongan bersama notis usul difailkan Tetuan Reza Rahim & Rajivan semalam, Rosmah, 72, menjelaskan hasratnya mahu membatalkan pertuduhan terbabit antaranya kerana ia tiada asas, defektif (cacat), pramasa dan tidak mendedahkan kesalahan dalam perundangan.

Menurut isteri Datuk Seri Najib Razak itu, dia ada hak substantif dan perlembagaan untuk dilayan secara saksama, selain hak perundangan substantif mengikut Bahagian VI Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan rayuan terhadap sebarang taksiran dilakukan LHDN yang jelas dinafikan kepadanya.

"Pertuduhan terbabit secara asasnya berlandaskan bahawa saya kononnya gagal untuk memfailkan pulangan diperlukan di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), bertentangan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Oleh itu, saya didakwa melakukan kesalahan berdasarkan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama.

"Saya percaya bahawa pertuduhan itu adalah defektif, pramasa dan tidak konklusif kerana tiada perintah, arahan, permintaan serta tuntutan wujud yang menyatakan bahawa jumlah dinyatakan dalam tuduhan tertakluk kepada pembayaran cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.

Isteri bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan, tiada perintah, arahan, permintaan dan tuntutan daripada LHDN diterima, sekali gus tidak boleh menyatakan dia melanggar peruntukan perundangan.

"Sebarang perintah, arahan, permintaan dan tuntutan bahawa jumlah berkenaan dikenakan pembayaran cukai adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang secara khususnya berdasarkan Seksyen 4 akta itu," katanya.

Pada ketika itu, katanya, Ketua Pengarah LHDN tidak pernah menyerahkan kepadanya apa-apa taksiran, permintaan dan tuntutan seperti diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, yang menjadikan jumlah terbabit boleh dikenakan bayaran.

"Dalam apa keadaan pun, Ketua Pengarah LHDN kini disekat oleh had masa untuk berbuat demikian," katanya sambil menjelaskan, forum yang ada hak untuk menentukan jumlah yang tertakluk pada pembayaran cukai adalah Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), bukannya mahkamah.

"Malah, mahkamah jenayah bukan forum yang sesuai bagi penentuan itu. Jika mahkamah jenayah meneruskan dengan penentuan itu, maka ia akan mengambil alih fungsi SCIT yang juga adalah badan diberi kuasa melalui undang-undang.

"Saya ada hak substantif untuk merujuk sekiranya jumlah itu tertakluk pembayaran cukai kepada SCIT yang dinafikan kepada saya dalam pertuduhan ini. Pertuduhan terbabit jelas ada motif untuk menindas hak substantif yang dijanjikan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.

Pada prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy yang disertai Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn dan peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, afidavit itu disahkan difailkan semalam.

Muniandy kemudian menetapkan supaya pendakwaan memfailkan afidavit balas selewat-lewatnya 22 September ini, manakala pemfailan hujahan bertulis pihak pembelaan Rosmah serta pendakwaan pula, masing-masing selewat-lewatnya 2 dan 16 November.

"Permohonan untuk membatalkan pertuduhan terbabit akan didengar 13 Disember," katanya - BH

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan

    Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga

    Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja

    Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia

    Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong

    ReplyDelete
  2. Rakyat nak atok saka dihakimi atas salahguna kuasa dan rasuah ketika era 22tahun dan 22bulan.

    Selain skandal kewangan dan mendadak naiknya anak2 jadi jutawan segera rakyat nak disisat juga buku memoir bekas peguam negara adanya tangan2 ghaib berpengaruh mencatur urusan pengadilan/penghakiman dlm negara.

    Dari tiada kes jadi ada kes prima facie, dari kertas cdgn tiada kes/gugur kes jadi ada kes menimbun.Semuanya mainan persepsi gila bangsat manusia tamak akan kuasa dan harta negara.
    Semoga kerajaan sedia ada tidak takut membongkar kejahatan mereka yang telah mempergunakan sistem keadilan negara kita utk kepentingan legasi tamak mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post