Pemimpin DAP Akui ‘Agak Sukar’ Pertahan Simpang Jeram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor mengakui “agak sukar” Pakatan Harapan (PH) mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram susulan kebimbangan peratusan keluar undi rendah.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Ng Yak Howe, menyifatkan peluang gabungan itu menang di kawasan itu 50-50 selain faktor pendirian pengundi Umno.

“Setakat ini, peluang untuk kita menang 50-50, masih agak sukar dan mencabar lagi. Kita tak nampak kita mendahului ketika ini sebab ini bergantung kepada peratusan keluar mengundi, kalau pengundi Cina ramai keluar tidak ada masalah.

“Penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) juga sama, berapa ramai sebenarnya yang akan menyokong calon kerana penyokong Umno juga penentu yang penting untuk PRK kali ini,” katanya Adun Bentayan itu menurut Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Ng masih menaruh kepercayaan kepada Umno untuk meyakinkan pengundi mereka memilih calon PH, Nazri Abdul Rahman.

“Saya nampak pemimpin Umno bekerja keras cuba nak yakinkan penyokong mereka menerima, mencuba, dan menerangkan kenapa BN bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan.

“Setakat ini, pengundi PH tahu keadaan ini dan faham kita perlu bekerjasama untuk tubuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau juga mengakui calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya mempunyai peluang untuk meraih sokongan majoriti pengundi Melayu berbanding Nazri, namun berharap pengundi di Simpang Jeram memilih pemimpin tempatan pada PRK kali ini - FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post