PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau bukan “pak turut”, kata presiden Muda itu menjawab kritikan pemimpin Umno bahawa tindakan partinya keluar kerajaan sebagai helah menuntut jawatan dalam kerajaan.
Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan beliau inginkan kedudukan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau hanya berdiam diri.
“Jadi ‘Pak turut’ bukan (keperibadian) Syed Saddiq,” katanya di Instagram sambil menyertakan tangkap layar laporan FMT berhubung kenyataan Puad itu.
Puad dilaporkan berkata tindakan Syed Saddiq meninggalkan blok kerajaan adalah “helah” untuknya menuntut jawatan dalam kerajaan dan Anwar tidak harus tunduk kepada desakan pemimpin parti yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata perjuangan melawan rasuah sejak 2015 juga menyebabkan beliau melepaskan pelbagai peluang seperti biasiswa RM500,000 melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford selain pendapatan sebagai pensyarah sambilan, pegawai penyelidik dan pelatih debat.
“Tahun 2020 bila Sheraton berlaku, ditawarkan jawatan menteri dan GLC, saya tolak di atas faktor prinsip,” kata bekas menteri belia dan sukan di era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad itu merujuk kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Semalam, Syed Saddiq mengumumkan Muda secara rasmi keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga, tindakan itu sebagai protes keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.
Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan untuk ‘membiasakan’ amalan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu - FMT

Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan
ReplyDeleteSemua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga
Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja
Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia
Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong
Thank you very much to Mr. Chong for the announcement that always causes problems in Taman Desa Jaya, Kepong, We have had Hindus in Desa Jaya for a long time, many years to find those who burned our Temple in Taman Daya, Kepong .....
SRI MAHA MARUTHUVA KALIYAMMAN TAMAN DESA, KUALA LUMPUR
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!