BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Tindakan Muda itu menyebabkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hanya mempunyai 147 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu kurang satu kerusi untuk memudahkan mereka melepasi sebarang undian bagi meluluskan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada masa depan.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan Muda menarik sokongan, meberikan sedikit kesan kepada Kerajaan Perpaduan kerana kehilangan kuasa majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul sebarang pindaan melibatkan Perlembagaan Persekutuan.
Namun Mohd Azizuddin berkata, dengan situasi politik mutakhir, isu berkenaan bukan isu besar kerana kerajaan sebelum ini berjaya meminda Perlembagaan Persekutuan biarpun mereka tidak memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Jika ada cadangan pindaan dan sebagainya, kerajaan hari ini boleh berunding dan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang bagi memastikan sebarang pembentangan usul termasuklah pindaan Perlembagaan berjalan lancar di Parlimen.
“Malah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi Perdana Menteri pernah menandatangani CSA bagi memastikan Belanjawan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat,” katanya.
Tindakan itu adalah sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
“Muda telah membuat keputusan untuk jadi pembangkang third force (kuasa ketiga) sebagai tanda protes kerana kerajaan pada hari ini menggugurkan 47 kes rasuah. Ini adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah.
“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini. Biarlah saya dihukum daripada hilang prinsip dan berdosa besar,” tegas Syed Saddiq.
Bagaimanapun, kenyataan terbaharu dikeluarkan oleh Presiden Muda itu menimbulkan 1,001 persoalan sama ada parti berkenaan mampu bertahan jika bergerak solo tanpa bekerjasama dengan koalisi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mahu pun Perikatan Nasional (PN).
Ini kerana, kata Mohd Azizuddin kemenangan Syed Saddiq di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini adalah atas ihsan serta sokongan pengundi PH.
“Tanpa sokongan pengundi PH, mustahil untuk Muda menang. Bahkan mereka berisiko hilang deposit kerana parti berkenaan tidak mempunyai penyokong akar umbi yang ramai, sekali gus mengurangkan peluang untuk menang dalam mana-mana pilihan raya akan datang termasuklah pada PRU16 nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, selain menyukarkan kerajaan semasa untuk meminda Perlembagaan, sebarang usaha untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya serta menambah bilangan kerusi Parlimen, pada masa depan juga berdepan kesukaran.
“Namun apa yang pasti Muda sukar menang mana-mana PRU akan datang jika mereka bertanding secara solo kerana mereka dilihat sebagai sebuah parti elit yang tidak mempunyai jentera dan keahlian yang ramai seperti PH-BN atau PN,” katanya.
Semasa Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, 14 calon Muda yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor telah kalah teruk sehingga hilang wang deposit - SH

Bukan isu utama.
ReplyDeleteIni baru hebat berbanding era 22 tahun atok saka.
Setuju atau tak umno/bn era atok memang menguasai 2/3.
Bermakna sekarang jika nak luluskan sesuatu pindaan perlu sokongan pembangang.
Jika elok utk rakyat tapi pembangang tak sokong...pembangang akan dimaki oleh rakyat.
Bermakna kerajaan kena kerja kuat dan kelulusan pindaan perlu dapat sokongan kedua2 belah pihak.
Ada rahmat bagi pihak kerajaan madani sebenarnya.
Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan
ReplyDeleteSemua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga
Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja
Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia
Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong
Thank you very much to Mr. Chong for the announcement that always causes problems in Taman Desa Jaya, Kepong, We have had Hindus in Desa Jaya for a long time, many years to find those who burned our Temple in Taman Daya, Kepong .....
SRI MAHA MARUTHUVA KALIYAMMAN TAMAN DESA, KUALA LUMPUR
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!