Tun M Mungkin Jadi PM Sekali Lagi?

Pemimpin Umno Sabah Salleh Said Keruak menyorot kemungkinan Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menjadi perdana menteri buat kali ketiga dengan gabungan politik ketiga.

"Dalam arena politik, cita-cita tiada had dan umur pula bukan menjadi penghalang. Oleh itu jangan memandang rendah kehendak orang tua,” katanya merujuk kepada ahli politik berusia 98 tahun itu.

Asas ramalan Salleh ialah langkah menjadikan Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi bagi negeri yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) yang digelar SG4.

Menurut Salleh, langkah itu menjadikan Mahathir ketua de facto pakatan pembangkang.

Dia percaya ini hanyalah "hanyalah langkah pertama daripada banyak lagi langkah besar yang akan datang."

"Walaupun langkah menjadikan Mahathir sebagai ketua de facto PN itu penting, namun langkah seumpama itu hanya bermakna sekiranya Mahathir boleh masuk ke Parlimen dan seterusnya menjadi ketua pembangkang.

"Beliau sepatutnya menggunakan pelantikan sebagai penasihat ekonomi kepada SG4 untuk meyakinkan semua ahli PAS tentang keikhlasannya," tambahnya dalam catatan Facebook.

Mengulas mengenai perkara itu, seorang lagi ahli politik Umno, yang enggan namanya didedahkan, berkata walaupun kenyataan Salleh itu kelihatan tidak masuk akal memandangkan usia Mahathir yang sudah lanjut dan dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang dijangka pada 2027, dia berkata bekas perdana menteri itu boleh kembali melalui satu pilihan raya kecil (PRK).

Sementara itu, Salleh, yang menyifatkan Mahathir sebagai "ahli politik yang sangat bijak dan lebih bijak daripada kebanyakan kita", berkata Mahathir mahu mempunyai pengaruh yang lebih berkesan dalam domain politik untuk melemahkan pengaruh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Beliau merupakan pakar dalam percaturan seperti ini. Dalam hal ini, saya akan memberi tabik hormat kepadanya.

"Saya percaya inilah yang difikirkan oleh Mahathir dan tindakan seumpama itu akhirnya boleh membawa kepada krisis politik yang mungkin lebih besar daripada krisis politik 2015 yang menimpa Najib Razak.

"PAS tidak akan menyokongnya melainkan mereka benar-benar percaya dengan kebolehan Mahathir membuat percaturan politik. PAS pastinya percaya Mahathir boleh berjaya di mana (Pengerusi PN) Muhyiddin Yassin telah gagal iaitu kembali semula ke Putrajaya,” tambahnya.

Sambil memberi amaran kepada musuh Mahathir, Salleh berkata "tindakan dan niat" lawan perlu diperhatikan.

"Bukan sahaja tindakannya tetapi niatnya yang perlu diperhatikan, kerana jika seseorang tidak bertindak dahulu, dia akan menderita terlebih dahulu.

"Mahathir boleh menjadi perdana menteri sekali lagi jika semua musuhnya menganggap ini mustahil dan tidak berjaga-jaga," katanya.

Mahathir mula menjadi perdana menteri ketika menerajui Umno dan BN pada 1981. Dia berkhidmat selama 22 tahun sebelum bersara. Pada 2018, Mahathir kembali sebagai perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas menjatuhkan Umno dan BN.

Pada PRU lalu, bekas perdana menteri itu mengalami kekalahan teruk di kubu kuatnya di Langkawi di negeri kelahirannya Kedah. Mahathir malah kehilangan wang deposit.

Sejak itu, Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik Anwar, PH dan Umno, dengan menggunakan isu-isu kaum untuk menarik perhatian orang Melayu.

Mahathir, yang mempunyai rekod prestasi menamatkan karier politik penggantinya, kini telah berganding bahu dengan satu lagi kumpulan bekas seterunya, PAS dan Bersatu - M'kini

4 تعليقات

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku amat terharu. Tun M bangsa kerala amat prihatin terhadap bangsa melayu yg miskin. Jadi Atok oi, tolonglah sedekahkan kekayaan keluarga kau kpd bangsa melayu marhaen. Say no more...

    ردحذف
    الردود
    1. Camne orang tak panggil melayu malas...kerja nya harap dan meminta minta....apasal banyak tadah tangan buka mulut kena kencing dengan madani berpuluh tahun dah masih tak sedar sedar....kau ingat yang tak ambil gaji tuh bodoh piang...tuh pasal dia siap bantai orang pegang tampuk pm jadi menteri kewangan kemudian naik sendiri buat....lagi tak nampak kena kencing...hmmm

      حذف
  2. Orang boddooo je angkat dia jadi pM ke 11, berapa kali nak kena tipu? bila kalah dia selamatkan Malaysia. Bila dia menang dia selamatkan Kroni!

    ردحذف
  3. YB Ipoh Timur Howard Lee jadikan surah an-Nisa ayat 59 sebagai dalil untuk umat Islam taat kepada pemimpin. Suma pemimpin Melayu Isle UMNo ,Bang Non, Rapiji Pudin Muka Bulan, Mat Sabun dan Gang Amanah Suma bisu bodoh bangang.

    Dalam Islam, ketaatan kepada Allah dan Rasul harus diberikan secara mutlak, manakala taat kepada Ulu al-Amri (ulamak dan umarak) adalah bersyarat iaitu selagi mana pemimpin itu berlaku adil dengan mematuhi perintah Allah dan Rasul.

    Howard Lee baca tafsir surah An - nisa taat lah Kami pada Allah,taat lah Kami Pada Rasul dan Ulil Amri... truss gang haprak UMNo Segal macam ulamak UMNo diam, bisu trus senyap bangang...

    Howard Lee baca trus suruh taat pada Ulil Amri sedangkan buat buat lupa supaya taat dulu pada Allah yg pertama dan yang ke 2 taat pada Rasul dan ke 3 taat pada Ulil Amri... Mana maunya terus taat pada No 3 kalau No 1 dan 2 kau buat buat lupa tak nampak... Babi punya DAP... UMNo lagi buat pekak Babi...?!

    Taat pada yg pertama situ pada Allah dan taat ke 2 pada Rasul Howard Lee buat buat lupa... dia trus lompat taat yg ke 3...

    Jangan tafsir mambabi buta ikut sedap tekak Babi kau saja wahai Howard Lee... taat pada Ulil Amri taat No 3 dlm surah An Nisa.. yg pelik lagi bangang buta hati ulamak UMNo dan pemimpin Melayu UMNo buta Mata pekak bangang terus..

    Pada penunggang agama masa kau makin tamat dan riwayat DAP@LeeKwanYew makin tamat di bumi Melayu ini...

    UMNo buta Mata Hari penunggang agama akan lingkup di PRN Pelangai kali ini

    ردحذف

إرسال تعليق

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

أحدث أقدم