KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang mempersoal tindakan kerajaan masih memberi kepercayaan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menyiapkan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang terbengkalai.
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) menyifatkan keputusan itu 'tidak masuk akal' berikutan kegagalan syarikat berkenaan menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh ditetapkan.
"Syarikat ini sudah gagal tetapi kerajaan masih layan cadangan mereka, malah beri lagi peruntukan tambahan. Memang tak masuk akal.
"Apa jaminan peruntukan RM2.1 bilion ini tidak akan sampai kepada dua subkontraktor milik BNS iaitu Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) dan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD), sama ada dalam bentuk pampasan dan bayaran kerja sebagai penyelesaian supaya mereka tarik diri daripada terbabit dalam projek pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, semalam.
Ikmal Hisham mendakwa seolah-olah wujud usaha terancang pihak tertentu supaya masyarakat melupakan 'kecurangan' syarikat itu berkaitan projek LCS.
"Saya merujuk penjelasan Menteri Pertahanan pada September lalu ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi kementeriannya.
"Beliau memaklumkan peningkatan kos RM2.1 bilion membabitkan projek LCS disebabkan perubahan kerja spesifikasi bagi sistem utama untuk kapal ini.
"Menteri menyatakan, peningkatan kos tidak membabitkan kerja pembinaan kapal, maka saya mohon penjelasan terperinci mengenainya.
"Bukankah perolehan enam kapal LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dimeterai antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat BNS sejak 2014 merangkumi semua keperluan kapal canggih ini," katanya.
Sementara itu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang diberi laluan mencelah, bersetuju pertambahan kos RM2.1 bilion itu tidak boleh diterima.
"Isu LCS ini dah lama bincang dan belum selesai. Kita berserabut dengan cerita sebelum ini, projek gagal, kemudian kerajaan tambah pula (peruntukan) RM2 bilion.
"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini soal mempertahankan negara," katanya.
Awal Oktober lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporan prosiding berhubung kemajuan projek pembinaan LCS milik TLDM bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 memaklumkan, kelima-lima kapal LCS akan siap pada 2029.
Bagi tujuan itu, kos tambahan kos RM2.098 bilion diperlukan, kepada kos asal RM9.128 bilion - BH
Kenapa Masih Percayakan BNS Akan Siapkan LCS?
byAnak Sungai Derhaka
-
6
Ini samalah kita bagi peluang kali ke6 dgn negeri yg masih gagal sediakan air bersih kpd rakyat.
ReplyDeleteKenapa perlu meroyan?
BNS mungkin gagal sekali.
Mungkin tidak utk kali ke 2.
Yg dah 6 kali diberi peluang mungkin kali ini mampu melakukannya dgn baik....????
Mereka gagal berkali-kali bukan isu bagi para walaun.
DeleteTakbir dah memadai.
Mereka bab menghina boleh tahan.Apatah lagi mengumpat dan memfitnah.Angkara difatwakan perasan ahli syurga.Takdir...
ReplyDeleteImam memali punya fatwa.Chukop jumlohhh
DeleteKerajaan kejam..
ReplyDeleteRakyat menderita...miskin
Selepas berdegar mengutuk kerajaan si yb menempah sebuah toyota alphard.
Rakyat miskin dan menderita...
Rakyat sokong dan undi agar yb dapat beli alphard..
Takbir!!!!
Boikot KPJ Damansara
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!