Isu Beras: Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau..

 

SEHARI selepas kolom pojok Belalang di BH Ahad mempersoalkan punca sebenar beras tempatan 'hilang' di pasaran, akhbar ini menyiarkan laporan eksklusif di muka depannya, semalam, menyorot setiap rantaian pengeluaran bekalan makanan ruji di negara ini dan kemungkinan wujudnya ketirisan, 'tangan ghaib' atau manipulasi pihak tertentu sehingga memberi kesan dari segi bekalan dan harga pasaran.

Ini kerana persoalan membelenggu pengguna, iaitu rakyat, apabila pihak terbabit dalam industri pengeluaran beras daripada pesawah, pengilang, pemborong dan peruncit saling menuding persis dalam reaksi setiap pemegang taruh dalam laporan itu, sekali gus mengingatkan kita kepada lagu rakyat, Bangau Oh Bangau.

Justeru, jawapan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan itu berpunca pembelian panik dicetuskan sebuah video menyebarkan berita palsu bahawa ia bakal kehabisan dan trend pengguna terpaksa beralih kepada produk terbabit dengan tidak lagi membeli beras putih import dibimbangi hanya akan dilihat rakyat tidak lebih daripada menyambung lagu salah-menyalah atau enggan mengambil tanggungjawab sebenar.

Ini diburukkan lagi dengan dakwaan kurang koordinasi antara pengurusan tertinggi KPKM dengan pembekal, pengeluar dan pesawah, selain pegawainya dikatakan jarang 'turun bendang.'

Kita tidak memerlukan jawapan retorik, jauh sekali kenyataan menyalahkan sebuah video tular disimpulkan secara simplistik yang mencetuskan 'kegawatan beras' dalam rantaian pengeluaran sehingga menjejaskan soal berkait secara langsung dengan periuk nasi rakyat.

Kita minta kerajaan menyiasat pelbagai faktor gangguan bekalan, termasuk seperti diperincikan di muka depan akhbar ini seperti keengganan memproses dan kegagalan mematuhi kuota pemprosesan 20 peratus beras putih tempatan ekoran untung kecil atau beras putih import lebih menguntungkan, selain menukar kampit serta ketirisan di sempadan.

Hakikatnya, desakan siasat bukan mahu mencari 'kambing hitam', sebaliknya memastikan pihak 'menahan lukah di penggentingan' dibawa ke muka pengadilan, sekali gus dihukum atas keresahan dialami rakyat dan penambahan beban kewangan negara disebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penyelesaian seperti mengadakan jualan Rahmah beras putih import dengan harga lebih rendah daripada pasaran dan arahan agensi kerajaan termasuk asrama sekolah menggunakan beras import.

Malah, siasatan menyeluruh dapat membantu kerajaan memastikan krisis tidak berulang dan mewujudkan pelan luar jangkaan kerana keterjaminan makanan kita mudah terkesan dengan perubahan pasaran dunia selagi tahap sara diri beras tidak mencapai sasaran selamat.

Kita juga mengulangi seruan pernah disiarkan di ruangan ini supaya KPKM mula merangka 'naratif pertanian termaju' bersifat realistik, konkrit, strategik dan holistik terutama membabitkan bekalan berkait dengan keterjaminan makanan yang sebenarnya menjadi antara komitmen kerajaan dalam Ekonomi MADANI.

Sampai masanya semua pihak daripada Kerajaan Persekutuan, negeri, industri dan rantaian pengeluaran serta pemegang taruh pelbagai institusi duduk semeja membincangkan pelan menyeluruh menyelesaikan permasalahan yang boleh dianggap sebagai isu keselamatan negara.

Dipetik dari SINI

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mana-mana kerajaan dalam situasi sekarang akan berusaha menjawab dan mencari solusi terbaik bagi menangani masalah kenaikan harga dan kekurangan beras dalam pasaran.
    Yang jadi pembangkang akan tentu merasa seronok kerana mampu dijadikan modal politik mereka menghentam kerajaan.
    Apa-apa pun kita berharap masalah global dan tempatan akan mampu diselesaikan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Ada yang ambil kesempatan. Rakyat pun kena ubah minda.. Beli rokok sekotak sampai rm17 sehari.. Rokok naik senyap sunyi.. Beras naik gempita satu malaysia..

    ReplyDelete
  3. Astro bayar bulan beratus2.. Tu tak leh skip. Beras naik maki fitnah kerajaan

    ReplyDelete
  4. Tapi kerajaan perpaduan insyaallah akan memikirkan perkara itu. Bagi peluang.. Bukan pada masa lalu. Tutup parlimen utk elak berbalas pandangan ttg rakyat

    ReplyDelete
  5. Di malaysia sejak dulu beras tempatan tak dipandang.Pemborong pula lebih suka mengimport beras kerana kos jauh lebih murah berbanding menanam,menuai dan memproses.Tambah lagi kalau berasnya berkualiti dan sedap.
    Apa-apa pun selepas ini diharap kerajaan akan dapat meningkatkan pengeluaran beras tempatan dan cuba menggunakan benih padi yang menjadi kegemaran ramai.Buka jelapang padi yang baru dan berusaha menggunakan teknologi penanaman moden.
    Apa yang berlaku ada rahmatnya dan semoga kita tidak terlalu bergantung kepada beras yang diimport untuk jangka panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begini cara mp walaun dan para walaun memberi pendapat alangkah hebat dan profesionalnya mereka.
      Ni tidak...dari 100% hujah, 80% memburukkan lawan dan 20% angkat bakul puji diri sendiri.

      Delete
  6. PN buat mistake lagi...dah habaq Ari pertama PN tewas di Pulai..

    Pasai hapa....!?

    Kau bawak orang tua bodoh lidah bercabang sepentas lagi

    Pulai dan bagi signal.... melingkup PN

    Orang tua bodoh tu Nak selamatkan anak cucu dan kroni ajer...

    No Boboi No PejWang

    Mlm ni keputusan PN lingkup lagi

    Pasai hapaaa...

    Saya Ulangggg...

    ReplyDelete
  7. Mcm pukimak je Azam Baki.... asal treader Melayu Bantu orang susah belikan motor, belikan kereta utk Bantu Melayu dlm kesusahan mula nak siasat

    Yang kepala bapak Kartel Judi, along scammer Mata sepet ko buat buat buto

    Treaders siap ajar orang Melayu online FREE tak Ada bayar pun, modal sendiri profit dia tak balun Satu sen.pun

    Dia untung buat profit Gold... Hari Hari profit

    Pi siasat Kartel beras lagi Bagus la sialllll..

    Masa sifu treaders bagi ajar Melayu buat profit Hari Hari dengan percuma dah Banyak dah banyak beginners treaders buat profit

    Belum Ada sekor pun treaders Mata sepet ajar FREE...

    Asal Melayu Nak buat profit melalui treaders online mula lah SPRM Nak kacau

    Masa Melayu Nak lingkupkan ekonomi yang dikuasai kaum Mata sepet bercabang banyak dlm APA bidang pun dan makin membuak bukak

    SPRM Sila siasat Jho Low dan semua kaum Cina yang dapat habuan duit Dari 1MDB ... bila Nak heret semua Mata sepet itu ke mahkamah..!!

    ReplyDelete
  8. Dari dolu aku dah habaq kat hang pa suma..Jangan bawak orang tua celaka bodoh lidah bercabang tu kat Pelangai... Kan dah mendapattt...

    Analisa aki dolu kenapa PN di Pulai tewas dng majority banyak terjadu juga kat Pelangai...penyokog Bossku di Pelangai Dampier 5 ribu dalam UMNo dan atas pagar... malam kemuncak ko orang tua celaka lidah bercabang badan pun dah bau tanah kubo sepentas ceramah bersama pemimpin PN... Kan penyokmg Bossku swing Banyak....!!

    Mcm sial orang tua bodoh bangang tu punya ucapan.. lidah bercabang bau air Lior barua DAap@LeeKwanYew tak abis kering lagi.... badan pun dah bau tanah kubo ko org bawak jugak ke pentas ceramah... puiiii

    Hat bawah sanun adalah tulisan aku minggu lepas... Kan dah aku Kata Kan.. Jangan bawak orang tua bodoh tu ke pentas ceramah PN...

    Orang tua bangang tu tugas untuk saman dan lawan batang tubuh Bang Non saja bukan Nak bawak Proklaminasi Pantek pukimak dia...!!

    Ni haah tulisan aku seminggu sblom PRK Pulai dan Simpang Jeram..!!

    PN akan gagal rampas atau kurangkan majority PRK di Pulai dan Jeram Gara Gara ceramah Tun Mahathir di pentas PN di Pulai...!!

    Adoiiii aaii... Kenapa lahh ko bawa orang tua Bodo tu setannnnn...!!

    Kau org bawak Tun org tua bodoh berucap Mme Nak melingkup lagi bagi banyak majority kat PH DAP lerr nnpk nya

    Boboi tu liberal, Marina Gereja tu lagi tebal bebal liberal nya bawah jenama SIS yg cabar hukum mahkamah syariah baru baru ni...

    Cukup lah bawak orang tua bodoh ni ... Klu ada kuasa diberi kembali orang Melayu kena caci maki lagi... Kroni Cina di lambing kembali...


    Kalau tak caye PH dapat lebih majority ko org tunggu keputusan PRK Ni Pulai dan Jeram ni

    Kenapa si Bangang renta ko org jemput ceramah

    Org tua mangkuk tu barua DAP@LeeKwanYew yg di bakul sampahkan...

    Sepatutnya legacy Ni kena ajar canner Niger , Mali, Bukina Faso, Sudah, Tongo, Gabon dah halau France Germany UK dan USA keluar dari benua Afrika...!!!

    Kasi Berambosss trus org tua Bodo ni...

    Saya ulangggg

    PN akan gagal rampas atau kurangkan majority PRK di Pulai dan Jeram Gara Gara ceramah Tun Mahathir di pentas PN di Pulai...!! Tungguuu yer..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saka tua tu memang padan hidup bersama dengan para munafik.
      Biarlah durjana tragedi memali comolot dengan saka tua.
      Mereka layak ruduk bersama merenung kembali kesialan yang pernah mereka lakukan kepada bangsa, agama dan negara.
      Dipanjangkan umur untuk menonjol kemunafikan mereka.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post