KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui mengenal pasti punca majoriti undi Barisan Nasional (BN) berkurangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, ia disebabkan fitnah dan pelbagai isu negatif yang dilemparkan oleh pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut.
Katanya, disebabkan itu, beliau menganggap kemenangan di Pelangai bukanlah kemenangan yang kecil semata-mata.
“Dalam pilihan raya kecil, mana-mana calon pun jika mereka diterjah dengan pelbagai fitnah dan isu, pasti situasi itu akan menyebabkan majoriti itu terjejas.
“Namun, yang penting ialah kemenangan itu bukan kemenangan yang kecil. Kita berterima kasih kepada kepemimpinan BN negeri, bahagian dan rakan-rakan daripada bahagian-bahagian lain yang telah membantu,” katanya kepada pemberita di Universiti Malaya hari ini.
Beliau turut menghargai sokongan parti komponen Kerajaan Perpaduan yang turut membantu dalam pilihan raya kali ini.
“Yang paling baiknya ialah rakan-rakan dalam parti-parti komponen kerajaan perpaduan turun membantu.
“Yang lebih penting ialah terima kasih kepada pengundi-pengundi DUN Pelangai yang memeliharakan komitmen mereka dengan kejayaan saudara Datuk Amizar Abu Adam,” katanya.
Amizar berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti 2,949 undi.
Ia berbeza dengan majoriti yang diraih BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila memperoleh majoriti 4,048 undi.-UTUSAN
Majoriti BN Turun Di Pelangai Kerana Calon Difitnah - Zahid
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Dalam kitab imam memali, menipu atau berbohong itu dibolehkan.
ReplyDeleteMungkin fitnah tu dibolehkan juga.
Kena fitnah pun takkan banyak sangat turunnya. Masa tak bergabung dengan PH pun lebih banyak lagi majoritinya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!