PLKN Buang Masa Dan Wang - Kata Jeneral Bersara

 


PETALING JAYA: Kerajaan mesti buat kajian mendalam mengenai keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), berikutan timbulnya cadangan program itu dihidupkan semula, kata seorang jeneral tentera bersara.

“Kita mesti kaji sekali lagi untuk lihat sama ada PLKN sebelum ini memberi manfaat. Terlalu banyak kelemahan dalam program itu,” kata Brigadier Jeneral bersara Arshad Raji.


Beliau mendapati program itu membazir masa dan sumber.

“Jutaan ringgit dibazirkan, pakaian seragam dibazirkan. Untuk semai semangat patriotik? Bagi saya, ia membuang masa,” kata Arshad.

Pada 2018, dilaporkan kerajaan memperuntukkan RM8.43 bilion untuk PLKN dalam tempoh 14 tahun. Sebahagian besar dari perbelanjaan itu digunakan untuk menyewa kem latihan.

Sebaliknya, Arshad mencadangkan kerajaan menggunakan model Korea Selatan dan Jepun untuk memupuk patriotisme menerusi kokurikulum sekolah.

“Kita tidak boleh mula pupuk patriotisme di Tingkatan 3 atau Tingkatan 5, sudah terlambat. Jika mahu pupuk patriotisme dalam kalangan kanak-kanak, ia mesti bermula pada usia muda,” katanya.

Dalam program PLKN sebelum ini, remaja berusia 18 tahun dipilih secara rawak untuk menjalani latihan selama tiga bulan, merangkumi sesi pembinaan pasukan, kegiatan berkhemah dan penggunaan senjata api.

Pada 9 Okt, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan mengumumkan rancangan untuk mengembalikan semula program itu dengan kos tidak melebihi RM100 juta setahun berbanding RM500 juta sebelum ini.

Kata Mohamad, Kementerian Pertahanan membentuk satu jawatankuasa khas untuk mencari pendekatan terbaru bagi PLKN yang berbeza dengan format sebelum ini - FMT


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post