SHAH ALAM: PAS yakin akan kembali menjadi sebahagian parti yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS berkata, pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).
“Kita punyai peluang menerajui (kerajaan) persekutuan dalam tempoh tidak lama lagi. PAS pasti bersama PN akan menerajui kerajaan pada masa hadapan.
“Saya dikunjungi ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang membuat kesimpulan masa depan negara terletak pada PN dan PAS.
“Kita harus bersedia menerajui kerajaan, Pemuda mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam.
Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen, sebaliknya kembali sebagai pembangkang selepas menang 43 kerusi dan ia “tanda kiamat semakin hampir”.
“(PRU15) Kita mencapai kemenangan, walaupun tidak memerintah negara. Waktu kita (menang) 18 kerusi (Parlimen) kita jadi kerajaan, waktu kita berada di kerusi yang besar (menang lebih banyak kerusi) kita jadi pembangkang.
“Ini antara tanda hampirnya kiamat,” katanya disambut gelak ketawa perwakilan Pemuda.
PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 33 bulan bermula 2020 bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 dan Ismail Sabri Yaakob perdana menteri ke-9.
Parti itu diberi peranan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri - FMT
‘Tak Lama Dah’, PAS Yakin Kembali Ke Putrajaya
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Perang psiko pemimpin pas....hihihihi
ReplyDeleteDalam dewan berhujah ikut kepala bapak hang....hihihihi
Tokoh kepimpinan....kosong macam tin milo
Benar...mimpi itu percuma
Ada bekas penyanyi nak buat tabung lawan pmx.Lawak bodoh bulan 10.
ReplyDeleteSudah-sudahlah memperbodohkan walaun.
Cukuplah mereka bertugas melaungkan takbir.Jangan dibeban dgn cerita dongeng tabung lawan pmx.
Buat kutipan tanpa diaudit jumlah tabung akan mengundang prasangka buruk rakyat jer.
Lagipun utk apa dan bgmana usaha mrk melawan pmx dgn wang tersebut?
Baik tggu pru16 dan lawan sebagai calon menentang pmx.
Baru ada hasil....
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!