TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Sultan Johor murka terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mendahului baginda dalam pelantikan Menteri Besar semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Tengku Mahkota Johor (TMJ) berkata, pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar adalah cara Sultan Ibrahim Iskandar menunjukkan kuasa baginda memilih Menteri Besar dan ia tidak wajar diketepikan.
“Saya rasa ini adalah cara Ke Bawah Duli Tuanku menunjukkan bahawa janganlah ketepikan pandangan baginda ataupun yang melantik Menteri Besar ini adalah raja.
“Apabila awak endorse seseorang seolah-olah you are playing (bermain), buat poster boy masa tu Datuk Hasni. Kebawah Duli Tuanku upset (murka) dengan Datuk Zahid, ‘Eh awak patut refer kepada saya dulu, siapa yang harus saya fikir menjadi MB’.
“Ini adalah cara untuk mengingatkan mereka ‘yang di atas’ jangan cabar kuasa raja dalam memilih Menteri Besar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahrir Hamdan semalam.
Tunku Ismail menjawab soalan Khairy yang bertanya mengenai proses pelantikan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar.
Sebelum PRN Johor pada Mac 2022, Ahmad Zahid mengumumkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar.
Dalam pada itu Tunku Ismail memberi markah 7 daripada 10 terhadap prestasi Onn Hafiz sebagai Menteri Besar.
Ini kerana katanya, Onn Hafiz masih muda dan beberapa isu perlu diselesaikan. – Malaysiapost
TMJ Dedah Sultan Johor Murka Terhadap Zahid
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Mcm kes di kedah hari tu....
ReplyDeleteAda yg taknak kepala bapak hang jadi mb
Akhirnya kena tunduk juga...
Sekurang-kurangnya zahid akur...tak menggelupur
Tak mcm mangkuk tu...hihihihi
Wah hebat parti isley buat apps bisnes.
ReplyDeleteTepuukkkk!!!!!!
Alamak...kapir yg bangunkan.
Apa dalil nak.spin nie?!
Tak kan tak ada sekor walaun yg boleh cipta?
Atau syarikat ore isley dalam negara yg berkebolehan.
Kenapa bagi pada syarikat yg semua pekerjanya kapir?
Malulah kalau dicop munafik.
Munafik sepanjang zaman.....hihihihi
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!