Bantah Petisyen Hanya Mainan Politik PAS?

IPOH: Tindakan Pas membantah petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 hanya mainan politik.

Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari berkata, tindakan Pas itu menunjukkan parti itu hanya menggunakan isu agama sedangkan semasa menjadi kerajaan selama 30 bulan, Pas tidak berbuat apa-apa.

Menurutnya, tindakan pemimpin dan penyokong parti itu mengadakan Himpunan Selamatkan Syariah di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi membantah petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 semalam hanya mainan politik.

“Dalam kes ini, ia tugas mahkamah, jadi tunggu keputusan dulu. Buat apa ramai-ramai berhimpun di mahkamah, Pas hendak tunjuk apa?

“Siapa yang Pas hendak hadapi ini, adakah mahkamah, kerajaan?

“Pas menggunakan isu agama bila tersepit sedangkan semasa menjadi kerajaan, mereka langsung tidak buat apa-apa. Sekarang bila rasa sudah tidak ada harapan, Pas ke mahkamah (semalam). Mencabar, kenapa tidak buat apa-apa masa jadi kerajaan?.

“Bawa kes ke mahkamah memang kerja peguam tapi hendak melaksanakan undang-undang Islam banyak prasarana yang perlu dibuat. Ini kerja kerajaan, ini perlu kepada political will,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Aziz berkata, jika dinilai ‘gelagat’ Pas dalam soal undang-undang syariah di Malaysia, Pas tidak pernah bincang secara serius untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Menurutnya, hari ini dalam media sosial, bermacam-macam hantaran yang dibuat Pas seperti ‘musuh Allah’ dan pelbagai label lain sedangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355, langsung tidak bergerak.

Katanya, malah Pas tidak membangkitkan isu negara Islam atau hudud ketika bersama UMNO dan Bersatu.

“Tapi Pas membangkitkan perkara itu apabila bersama DAP. Itu pun sebenarnya tidak ada perbincangan formal, Pas hanya kecoh dalam ceramah mereka dan di media.

“Semua kerjasama bersama parti, isu yang menjadi soal dasar ialah berhubung ekonomi, tata kelola dan seumpamanya selain komitmen untuk menjunjung Perlembagaan.


“Tiada isu berhubung soal merombak Perlembagaan dan undang-undang dan Pas tidak pernah membangkitkan soal itu dalam tempoh terdekat dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kita tidak pernah mendengar MCA atau Gerakan setuju dengan isu negara Islam atau pelaksanaan hudud, hatta RUU 355 pun tidak mereka sentuh. Kita pun tidak lagi mendengar slogan kepemimpinan ulama sekarang,” katanya. – UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post