KUALA LUMPUR - Kerajaan menanggung kos RM30 juta selepas memberikan tol percuma selama dua hari sempena perayaan Deepavali baru-baru ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkongsikan angka itu di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut Abdul Rahman, kerajaan perlu menangung kos tinggi untuk menghapuskan tol di seluruh negara malah pada tahun lepas juga, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
“Pada tahun 2022, saja, kita melibatkan anggaran kira-kira RM435 juta...kita menanggung kenaikan kos disebabkan penangguhan kenaikan tol.
“Untuk penstrukturan semula kadar tol perjanjian konsesi ini, rundingan adalah bergantung kepada dua pihak sama ada dari konsesi itu sendiri dengan pihak kerajaan dan akan diluluskan semestinya dari Kementerian Kewangan.
“Ini perlu kajian secara menyeluruh. Kalau keseluruhan tol dalam negara nak dihapuskan, ia melibatkan hampir RM400 bilion kalau nak hapuskan tol ini dan penggantian kepada kos tersebut.
“Semasa Deepavali, saya rakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan kerana telah memberi selama dua hari tol percuma dan melibatkan kos sebanyak RM30 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN - Pasir Mas) yang bertanya kos ditanggung kerajaan bagi tol percuma itu dan usaha kerajaan dalam menghapuskan tol. - Awani
Kerajaan Tanggung RM30 Juta Tol Percuma Deepavali
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Palestine di BOM hancur semuanya, tiada makanan, perubahan, perlindungan dan Dunia hairan Rakyat Palestine Masih berbicara tentang tuhan. Link kat bawah ni haah
ReplyDeletehttps://vt.tiktok.com/ZSN596NHV/
Hikmah besar penjajahan genosid Isreal disokong Oleh sekutu dan barua barua Isreal dunia Arab dan dunia Asia khasnya di Malaysia dan Indonesia bila berbondong bondong umat manusia mula membaca dan mengkaji al Quran.
https://vt.tiktok.com/ZSN5xuTtF/
Hikmah tragedi apartheid di Palestine bila umat manusia mula buka Mata tentang kebenaran Al Quran dan kebenaran agama Islam.
Pada Rakyat Malaysia khasnya kalau kamu diam, bisu dan auto bangang tragedi menimpa Rakyat Palestine di Gaza berbondong bondong umat manusia seluruh Dunia sudah mula masuk Islam dan mengucap syahadah...!!
https://vt.tiktok.com/ZSN59W9No/
Bangang Anak Anak Papa di Malaysia tidak menjejaskan umat manusia seluruh Dunia mengenal Islam dengan lebih banyak lagi...
https://vt.tiktok.com/ZSN59t6ku/
Pada anak anak papa kamu Masih nak diam bisu Jadi auto bangang seperti di arahkan oleh Tuan barua mereka iaitu bapak Genosid Natenyahu Isreal
Umat Islam di Malaysia tidak akan menuruti setiap arahan anak anak papa seperti supaya diam bisu seperti arahan oleh bapak Genosid Isreal itu...!!
https://vt.tiktok.com/ZSN5Qd3Dk/
#lupakanSingapurapedulikanLeeKwanYew@DAP
Ini beza kerajaan pimpinan pmx dengan kerajaan pimpinan atok. Kerajaan pimpinan pmx lebih rela belanja 30 juta demi rakyat jelata. Kerajaan pimpinan atok akan sedekahkan 30 juta tu kpd kroni2 koporat dia.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!