KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, dari Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi dikatakan sebelum ini mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan oleh 'broker' politik.
Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, ketika mendedahkan perkara itu, berkata tawaran wang berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Azizi pada Sabtu lalu.
"Pada Sabtu lalu ketika kita mengadakan mesyuarat BERSATU negeri, beliau (Mohd Azizi) hadir dan memaklumkan ada broker politik menawarkan sejumlah wang yang lumayan serta lain-lain manfaat sekiranya membuat kenyataan menyokong Perdana Menteri.
"Beliau mengatakan sudah menolak kesemua tawaran berkenaan dan kami mengucapkan tahniah kepada beliau atas penolakan berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Kamaruddin berkata, beliau terkejut malam tadi apabila Mohd Azizi bertindak sebaliknya dengan membuat kenyataan menerusi Facebook menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
"Saya segera cuba menghubungi beliau namun tidak berjaya kerana kedua-dua telefon bimbit miliknya dimatikan.
"Justeru, saya menyerahkan kepada kepimpinan Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Azizi mendakwa, keputusan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.
BH masih berusaha menghubungi Mohd Azizi bagi mendapatkan kenyataan beliau berhubung dakwaan terkini yang dibuat oleh BERSATU itu.
Namun, setakat ini beliau tidak dapat dihubungi kerana talian telefonnya ditutup - BH
MP Gua Musang Ditawar Ganjaran Lumayan Untuk Sokong Anwar?
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Aku walaun.
ReplyDeleteBuat mp kepala batas.
Hati-hati buat tohmahan dan fitnah.
Memalukan parti, bangsa dan agama.
Nanti orang kata standard mp kita sama dengan mp zionis.
Ada PhD lagi! Universiti mana agaknya....
DeleteAku nak komen sikit ttg isu pelancongan Langkawi. Kenapa la mb kedah ni bengap sgt. Stop being in denial. Majority feedback drp domestic tourist kata mrk tak mau pi langkawi sebab KOS mahal. Hotel,makan,sewa transport semua mahal. Itu puncanya. Tak faham lagi ka sanusi ngong? Masalahnya ialah ATTITUDE peniaga. Semua nak cepat kaya, nak pi haji balik hari....Apa kerajaan negeri boleh buat? Jangan asyik salahkan orang lain
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!