Orang Tua-tua Tak Reti Bahasa Sokong BN - Hj Hadi Kata?

 

KEMAMAN: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menganggap pengundi dalam kalangan warga emas di Parlimen Kemaman tidak faham politik apabila menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum Ke-15), baru-baru ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, golongan pengundi tersebut didapati masih tidak mahu menyokong Pas berbanding pengundi muda dalam pilihan raya sebelum ini

Menurutnya, pengundi warga emas itu merasakan mereka sudah selesa dengan kehidupan yang dinikmati sekarang, berbeza pada zaman pemerintahan Jepun dahulu.

“Alhamdulillah dalam PRN dan Parlimen (PRU15) baru-baru ini, gelombang orang muda berlaku, orang muda-muda umur 21 hingga 40 tahun majoriti sokong kita (Pas), yang tinggal orang tua-tua tak reti bahasa.

“Mereka (berumur) 60 dan 70 tahun, bila kita ajak mengundi (Pas), kata masa zaman Jepun dulu susuh lagi, sekarang senang dah boleh ke laut, boleh sembahyang, orang tidak ganggu. Dia (warga emas) kira begitu saja, dia tak faham politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada Ceramah Perdana PRK Parlimen Kemaman di Dewan Sivik, Kijal, Kemaman, malam tadi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, golongan warga emas itu perlu terus dipujuk supaya mengundi Pas dalam PRK Parlimen Kemaman ini, namun boleh ditinggalkan sekiranya kekal dengan pendirian mereka itu.

“Hok (warga emas) ni kalau boleh pujuk, pujuk. Kalau ambil masa, tak usah pujuk, buat habis masa, lok (biar) situlah,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu yang juga calon Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain itu, Abdul Hadi juga memperlekehkan calon BN, Tan Sri Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang didakwa sebagai tidak sesuai dipilih bertanding di Parlimen Kemaman.

Malah, katanya, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan calon payung terjun dipilih selepas BN ketandusan pemimpin untuk bertanding dalam PRK ini.

“Dia (BN) ambil jeneral tentera jadi calon, jeneral tentera kalau tanding di tempat perang moleklah (sesuai), sebab orang berperang dan di Kemaman ini buka tempat perang. Jeneral tentera sesuai ke dengan orang Felda, dengan orang ke laut (nelayan),” ujarnya. – UTUSAN

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sejak mak cik kemboja meletus Melayu Malas sudah bangkit Melayu Malas tu adalah fake semata Mata...

    Kelian boleh tengok di sekitar taman kediaman penduduk kelian semua pergilah kira berapa banyak klinik kaum Cina India berbondong klinik klinik Kesihatan kaum Melayu swasta.

    Suma nya di kuasai anak Melayu, klinik Vetreniar di kuasai Anak Melayu, klinik gigi di kuasai Anak Melayu, Bengkel Kereta Motor sudah mulai dikuasai Anak Melayu, Restoran Makanan, Coffee Shop, F n B sudah mulai dikuasai Melayu.. Makanan dalam talian dikuasai kaum Melayu walau berniaga di tepi jalan saja.. banyak restoran mamak Hidup segan Mati tak mahu skg nih

    Yang belum dikuasai Melayu sepenuhnya adalah kedai Hardwear, dan hulu sektor pembinaan dan kedai peruncitan sebab Kartel Kartel Mata sepet dikuasai Oleh taikun taikun yang dibela Oleh pemimpin haprak UMNO dan PH masa 22 tahun 22 Bulan termasuk kerajaan anak papa yang Masih Jadi barua DAP@LeeKwanYew

    TMJ kata Tun penah Kata Melayu Malas 20 tahun yg lalu ternyata gebang Tun semata Mata

    Duit bailout Anak Anak Tun Mahathir Mohamed sekurang kurangnya 20% dari total bailout Wang Rakyat PETRONAS, KWSP Kumpulan Wang Pencen dan Wang TH perlu dibayar semula oleh anak Anak Tun Mahathir Mohamad.

    Bila untung klaim anak pandai berniaga, bila rugi minta bailout... Kanina punya orang tua..!!!

    Yang Melayu malas tu ialah anak Tun Mahathir Mohamed spt Boboi, Marina Gereja hasil duit rompakan PETRONAS KWSP Dana Pencen untuk bailout Anak Anak Tun... Dari dolu dah pesan Jangan lantik PM dari Utara kan dah mendapat lagi..!!

    Sila berambosss...!!


    #NoBoboiNoPejWang

    ReplyDelete
  2. Orang tua2 dah hidup lama, byk pengalaman. Mampu berfikir pasal politik. Anak2 muda tak tau satu apa pun pasal politik, mudah diperdaya oleh org spt hadi, sanusi dan penunggang2 agama dan bangsa .

    ReplyDelete
  3. Orang lain semuanya salah, lobai ni saja tak pernah salah. Lagi satu, sebagai tuan guru patutlah belajar bersyukur. Syukur dapat sokongan orang muda....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post