Samsuri Calon PM PAS Masa Depan?

KEMAMAN: Pertimbangan Pas mencalonkan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bertujuan mengete­ngahkan Menteri Besar itu sebagai calon Perdana Menteri masa depan bagi Perikatan Nasional (PN).

Langkah itu disifatkan sebagai antara strategi Pas menampilkan calon Perdana Menteri daripada golongan profesional pada masa depan.

Umum mengetahui, untuk memenangi hati rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak serta pengundi dalam kalangan bukan Melayu dan Islam, ia agak sukar bagi Pas jika hanya bergantung kepada pemimpin bertaraf ulama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Che Hamdan Che Mohd. Razali berpandangan, Samsuri yang lebih dikenali sebagai Dr. Sam mempunyai ketokohan, dengan latar belakang profesional serta pendedahan agama.

“Saya juga melihat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas (SG4) mengagumi Samsuri dan meletakkan harapan besar kepada beliau.

“Maka secara tidak langsung, pengaruh Dr. Mahathir ada dalam pemilihan calon PRK Parlimen Kemaman,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas langkah Pas mempertaruh Naib Presiden parti itu bagi mempertahan Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menentang calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Alias Che Hamid (Pas) menang majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu. – UTUSAN



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post