Setelah Ramai Tenteranya Mampus, Israel Terima Gencatan Senjata

Seorang journalist dari negara haram Israel mendakwa sejak dari 7 Oktober yang lalu lebih dari 2,985 Tentera Israel telah mampus dalam operasi di GAZA dan sekurang-kurangnya lebih dari 11,600 orang tentera cedera dalam pertempuran dengan Hamas.



Setelah ramai tenteranya mampus dan lebih dari 200 buah kenderaan tentera mereka termasuk kereta kebal yang dikatakan paling kebal dalam dunia musnah.. Israel terima gencatan senjata..



GAZA: Israel memeterai perjanjian bersama pejuang Hamas bagi membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak yang ditahan sebagai tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama empat hari.

Menurut perjanjian yang dicapai hari ini, 150 warga Palestin yang ditahan di Israel juga akan dibebaskan dan bantuan kemanusiaan akan dibenarkan masuk ke Gaza sepanjang tempoh gencatan senjata berkuatkuasa.

Menurut jurucakap kerajaan Israel, perjanjian sama turut menetapkan syarat gencatan senjata akan dilanjutkan selama sehari bagi setiap tambahan 10 tebusan yang dibebaskan.

"Israel juga memberi komitmen tidak akan menyerang atau menahan sesiapa di mana-mana wilayah Gaza sepanjang gencatan senjata berkuatkuasa.

"Sepanjang empat hari gencatan senjata, trafik udara akan dihentikan sama sekali di selatan Gaza dan untuk tempoh enam jam sehari iaitu antara jam 10 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan) di utara Gaza," katanya.

Pihak berkuasa di Gaza berkata, perjanjian itu akan menyaksikan gencatan senjata pertama perang Israel-Palestin, selepas pengeboman Israel memusnahkan Gaza yang diperintah Hamas.

Menurut Israel, Hamas dipercayai menahan kira-kira 240 tebusan, yang diculik ketika pejuangnya menyerbu masuk ke Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang.

Di Gaza, lebih 13,300 orang, sekurang-kurangnya 5,800 daripadanya kanak-kanak, telah terbunuh dalam perang, kata pegawai di wilayah dikawal Hamas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata campur tangan Presiden AS, Joe Biden, telah membantu memperbaiki perjanjian itu supaya ia menjanjikan pembebasan lebih banyak tebusan untuk tambahan konsesi.

Bagaimanapun, Netanyahu berkata misi Israel yang lebih luas iaitu memperluaskan serangan terhadap Palestin sehingga Kumpulan Hamas dihapuskan sama sekali, kekal tidak berubah.

"Kami sedang berperang dan kami akan meneruskan perang sehingga kami mencapai semua matlamat kami.

"Kami mahu memusnahkan Hamas, dapatkan kembali warga kami yang dijadikan tebusan dan pastikan tiada sesiapa di Gaza boleh mengancam Israel," katanya dalam mesej yang dirakam pada permulaan mesyuarat kerajaan terbaru.

Sementara itu, Hamas dalam kenyataan terbarunya, menegaskan walaupun gencatan senjata dipersetujui, 'jari mereka sentiasa berada di picu senjata' dan pejuang mereka tetap mempertahankan penduduk Palestin serta menentang pendudukan haram Israel. - REUTERS

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post