SPRM Beku 41 Akaun Bernilai RM15.86 Juta Libatkan Aman Palestin

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun dianggarkan bernilai RM15.86 juta berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) yang didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sejak siasatan dijalankan pada 17 Oktober lalu, pihaknya membekukan sebanyak 41 akaun bank itu melibatkan syarikat pertubuhan amal berkenaan dan beberapa entiti syarikat lain, semalam.

“Sebelum ini, SPRM membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting. Hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya, siasatan berkenaan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

Media sebelum ini melaporkan, siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin tertumpu kepada penelitian dokumen membabitkan dana wang itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, ia tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terbabit bagi rakaman keterangan.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara tersebut.- UTUSAN



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post