KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini mempertahankan tindakan mereka tidak hadir Sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal antaranya berkata, ketidakhadiran kebanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) adalah kerana menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
"Kami selalu hadir dalam Dewan ini, walaupun pagi tadi kami ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan dan soladiri kepada hukuman syariah tetapi kami dikatakan ponteng... sebenarnya tak ponteng," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM).
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, kemudian bangkit mempersoalkan adakah ketidakhadiran beberapa menteri penuh juga boleh disifatkan sebagai ponteng.
"Kalau dikatakan ponteng, bolehkah katakan menteri penuh yang tak hadir kecuali Menteri Kesihatan ini ponteng pada masa ini?," soalnya.
Syed Abu Hussin menambah: "Pasir Mas (Ahmad Fadhli), menteri mungkin sibuk untuk mengagihkan peruntukan."
Sebelum itu, Dewan Rakyat sedikit kecoh susulan ketidakhadiran hampir semua ahli Parlimen pembangkang ketika sesi soal jawab lisan.
Isu itu dibangkitkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, ketika sesi pertanyaan untuk soalan kelima dikemukakan Datuk Ramanan Ramakrishnan (PH-Sungai Buloh).
Susulan ketiadaan Ahli Parlimen, Johari kemudian membuka peluang untuk soalan tambahan berikutan soalan dikemukakan ahli Parlimen pembangkang tidak akan dijawab pada sesi itu susulan kegagalan mereka hadir.
Media melaporkan, lebih 1,000 orang hadir Himpunan Selamatkan Syariah dan sertai solat hajat di perkarangan Istana Kehakiman, pagi tadi.
Perhimpunan anjuran PN itu bagi membantah tindakan dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019. - Awani
Tak Hadir Tapi Bukan Ponteng?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Mp yang ponteng tak tahu apa2.
ReplyDeleteDimaklum pada rakyat cerita muhong kerana kaki ponteng.
Sama dengan kes mahkamah nik elin.
Heboh nak jadi pendekar.
Cerita sebenar 'TAK TAHU'.
Dulu bila ada puak tolak hudud tak ada puak perasan alim berdemo bertakbir.
Sekarang isu hudud jadi senyap sejak imam memali isytihar tangguh.
Mungkin tunggu pru16 akan bangkit balik....hihihihi
Kes nik elin diviral kata lawan hukum syariah.
Sampai mp ponteng dan perasan alim tolong spin bagi nampak mrk adalah hero malaya.
Masa era 33 bulan, kes nik elin senyap tak diperbesarkan.
Dia nak selaras hukum jenayah syariah yang bertindih dgn kes jenayah sivil dipertikaikan sebagai lawan hukum tuhan.
Yang tunggang hudud sampai uzur dah sekarang tak dikecam sebagai mempermainkan hukum agama?????!!!!!
Yang meraung nak hudud dan bila imam memali tangguh....kenapa tak berdemo?????!!!!!!
Sebab itulah aku malas nak layan puak perasan alim.
Mereka dengan yahudi zionis 2 x 5.
Zionis guna propaganda kapir untuk tuntut sokongan.
Pas juga guna kapir untuk tuntut sokongan.
2x5...
Tapi yang mereka kayakan di kedah, kelantan dan trengganu si tauke2 besar tu semuanya kapir!!!!!!
Munafik sial!!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!