27,000 Rumah Dah 'Overhang', Harga Rumah Nak Naik Lagi?

'OVERHANG' ialah hartanah yang siap dibina dan sedia untuk digunakan, namun tidak terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.

Manakala hartanah 'UNSOLD' pula terbahagi kepada dua, bergantung kepada tahap pembinaanya.

'UNSOLD NOT CONSTRUCTED' ialah hartanah yang belum dibina dan belum terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.

'UNSOLD UNDER CONSTRUCTION' pula ialah hartanah yang dalam pembinaan tetapi belum terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.

April 2023 media melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 27,746 rumah tak terjual.

Jumlah unit kediaman itu dikategorikan sebagai 'siap dibina tetapi tidak terjual atau 'overhang' dan bernilai RM18.41 bilion dicatat setakat akhir Disember 2022, iianya menurun berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion, tahun sebelumnya.

Johor mengekalkan jumlah dan nilai tidak terjual tertinggi dalam negara dengan 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion.

Diikuti Selangor dengan 3,698 unit bernilai RM2.74 bilion, Pulau Pinang (3,593 unit bernilai RM2.74 bilion) dan Kuala Lumpur (3,429 unit bernilai RM3.15 bilion).

"Status hartanah kediaman siap tidak terjual yang berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 9,323 unit bernilai RM6.29 bilion atau 33.6 peratus diikuti kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 membabitkan 8,128 unit bernilai RM3.29 bilion (29.3 peratus).

"Bagi hartanah kediaman di bawah RM300,000 tidak terjual adalah sebanyak 6,509 unit bernilai RM1.34 bilion dan kediaman bernilai RM1 juta serta ke atas adalah sebanyak 3,785 unit bernilai RM7.5 bilion,"

Antara faktor menyebabkan masih banyak hartanah kediaman tidak terjual, ianya dikatakan berpunca darikeupayaan rakyat memiliki sesuatu hartanah, selain lokasi tidak menepati permintaan atau kesesuaian.

"Hanya Melaka menjadi satu-satunya negeri yang nisbah harga rumah mampu miliknya menepati keupayaan pembeli.

"Sebagai contoh, keupayaan rakyat di sesebuah negeri itu adalah RM200,000 tetapi kediaman yang dibina bernilai RM250,000, jadi itu juga trend yang kita lihat berlaku.

"Oleh sebab itu, pemaju perumahan perlu membuat penilaian berdasarkan kemampuan rakyat di negeri berkaitan, NAPIC ada angka itu. Apabila hartanah kediaman disiapkan melebihi keupayaan rakyat, jadi ia sukar dijual,"

Pertengahan 2023 pula media melaporkan rumah teres, rumah bertingkat tinggi dan rumah berkembar dua masing-masing naik sebanyak 3.7 peratus, 3.4 peratus dan 2.9 peratus.

Harga kediaman berharga RM500,000 ke atas dijangka meningkat sebanyak 25 peratus.

Dan tahun depan dijangka naik lagi..

PETALING JAYA: Ejen hartanah meramalkan harga dan sewa kediaman akan meningkat hampir 10 peratus pada tahun depan, menurut Tinjauan dan Indeks Harta IQI – Malaysia S4 2023, yang dikeluarkan semalam.

Menurut tinjauan tersebut, ejen-ejen hartanah meramalkan harga kediaman akan meningkat 9.95 peratus manakala sewa kediaman akan naik 9.57 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Malah di Selangor dan Kuala Lumpur, pemain industri menjangkakan harga kediaman akan meningkat sebanyak 9.7 peratus manakala sewa kediaman naik 9.9 peratus.

“Ejen mungkin mengesyorkan beli kerana mereka menjangkakan peningkatan ketara dalam harga jualan dan sewa pada 2024. Keyakinan ini mungkin berdasarkan trend ekonomi, aliran masuk pelaburan, penambahbaikan infrastruktur dan dinamik permintaan serta bekalan,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpuan Juwai IQI, Kashif Ansari dalam kenyataan.

Beliau berkata, tinjauan dijalankan antara 1 hingga 22 November lalu melibatkan 203 ejen dan perunding hartanah di seluruh negara, kecuali Perlis.

Kata beliau, berdasarkan tinjauan itu, hanya lima peratus daripada responden menjangkakan harga akan jatuh, manakala hanya tiga peratus meramalkan sewa kediaman turun... laporan penuh sila baca di SINI

Kalau pada harga yang dikatakan mampu milik pun ramai rakyat Malaysia hanya mampu tengok.. bagaimana agaknya jika harga meningkat lagi?

Adakah Kerajaan mahu menunggu sehingga rakyat terpaksa membina rumah di bawah 'Flyover' atau di tapak perkuburan seperti di Filipina untuk bertindak mengawal kenaikkan harga rumah ini atau bagaimana?

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Brown Corpora Cavernosa says: padan muke geng2 ejen hartanah. Suka sangat buat spekulasi maen harga konon nak untung mcm scammer. Ejen2 bangsat ni laa yang tentukan harga dan nilai sesuatu hartanah di suatu kawasan dan ini mempengaruhi jabatan penilaian pbt pulak akan nilai dan harga suaty aset tak boleh alih. Puki mak.

    Dulu mase kerajaan sakaw ade menteri pompuan bodoh pengkhianat bangsat yg cube nak jadi ejen pemasaran hartanah ke Hong Kong Taiwan dan China.. haaa sekarang makanla korg pasir konkrit simen tu bila overhang.

    Korang ingat setiap unit rumah tu macam lamborghini atau bugatti ke? jual sebiji harga berjuta2. Sikap tamak haloba korg akan makan diri, aku doakan. Hidop macam keluarga Cina. Semua dudok sekali satu rumah.

    REN melayu memang kelakar. Ntah apa nak dijaja kat prospek. REN melayu macam ada standard musti tunjuk pakai BMW Mercedes City Accord Sonata etc etc yg mahal2 laa tapi REN cina pakai proton/ perodua malah ada yang bawak motor dan pakej diaorg pulak memang tip top sampai tak tertolak kita dibuatnya. Malah tiap2 REN cina wajib bawak kalkulator kira macam2 on the spot utk prospek. Beza sunggoh dengan melayu hasil didikan najib.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post