Aman Palestin Jalankan Aktiviti Melancong, Menembak, Melombong?

PETALING JAYA: Wang derma disumbangkan orang awam diterima Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) disyaki tidak digunakan membantu rakyat Palestin sebaliknya dialih kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan negara konflik berkenaan.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan awal SPRM mendapati, dana berkenaan telah diberikan kepada beberapa syarikat untuk menjalankan aktiviti pelancongan, pengembaraan, akademi menembak,perlombongan emas, teknologi, pusat penyelidikan dan juga agensi media.

Kata sumber itu, syarikat-syarikat berkenaan disyaki dikendalikan ahli keluarga, saudara mara dan rakan kepada pengurus dana dengan gaji yang dibayar mereka adalah hasil derma orang ramai.

“Siasatan SPRM juga mendapati, sebahagian sumbangan orang ramai juga digunakan untuk membeli emas, mata wang kripto dan hartanah seperti bangunan dan tanah yang tidak ada kaitan dengan bantuan kepada rakyat Palestin,” kata sumber itu.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu didakwa mengupah firma perakaunan yang pernah disenaraihitam dengan mengada-adakan penyata perbelanjaan untuk menunjukkan mereka mempunyai penyata kewangan yang baik.

“Semakan buku akaun Aman Palestin juga mendapati terdapat yuran operasi dan pengurusan melebihi RM400,000 sebulan.


“SPRM juga sedang meneliti, jumlah sebenar dana yang telah disalurkan Aman Palestin untuk membantu rakyat Palestin,” jelasnya.

MENGESAHKAN

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih berjalan.

Pada 1 Disember lalu, SPRM memaklumkan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menyahbekukan akaun 41 aset Aman Palestin sehingga semua siasatan selesai.

Azam berkata, pihaknya masih menyiasat sumber sebenar transaksi dan tuntutan yang diperoleh Aman Palestin.

Beliau menegaskan, siasatan ini bagi memastikan dana hasil derma awam yang bernilai jutaan ringgit ini digunakan dengan telus.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, agar SPRM membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Brown Corpora Carvenosa says: syabas Aman Palestin (setakat mana lapuran ni benar). Korang laksanakan majoriti individu melayu dan institusi melayu selalu buat. Duit banyak tapi dok layan perut, zakar/faraj dan mata. Sikit pon x de niat nak beli/luaskan pegangan hartanah/ bangunan contoh di lembah kelang. Iblis jenis ape laa korang ni yang saban tahun bagi job kat ahli akademik yg buat statistik dan kajian berapa % pegangan hartanah melayu berbanding saudagar China Temasik Kalinga dan pendatang haram. Memang sial 7 keturunan korang ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post