Apa Yang Anwar Umum Di Kelantan?

Akhir tahun... seakan boleh diteka apa yang acap kali berlaku? Sehinggakan ada yang menganggapnya rutin tahunan. Ya.. banjir terutama di negeri-negeri pantai timur. Berulang kali berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara.

Ada yang baru pertama kali, mungkin tidak berapa terkesan. Ada yang lebih 3 kali. Sikit? Tidak ... sebenarnya ada yang berdepan bencana itu puluhan kali, khususnya di kawasan berisiko banjir. Kita yang mendengarnya pun rasa penat dan lelah. Apatah lagi mereka yang melalui pengalaman sukar itu.

Manakan tidak, setiap kali bah, rumah dinaiki air dan hampir kesemua perkakasan rumah perlu ditukar. Impian menyimpan duit untuk kecemasan seakan-akan terpaksa direalisasikan setiap tahun.

Belum lagi jika bencana banjir melanda, ada beberapa gelombang 1... 2 dan 3. Sudah tentu perbelanjaan semakin meningkat memandangkan ia perlu juga digunakan untuk persiapan sesi baharu persekolahan anak-anak.

Rentetan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada saat-saat akhir berlabuhnya tirai tahun 2023 terus melangkah tanpa henti.

Semalam (28/12/2023), beliau turun padang meninjau permasalahan rakyat... melihat sendiri situasi banjir di Kelantan, salah sebuah negeri yang terkesan. Selain Terengganu, Pahang dan Sabah yang turut dilanda bencana itu. Tidak terkecuali sebelumnya -- Selangor, Perak dan Johor.

Rasionalnya, ia tindak balas atas tuntutan dan tanggungjawab besar yang digalas sebagai ketua kerajaan sejak menerajuinya pada 24 November 2022. Ya, ucapan mengotakan janji memang mudah. Tetapi menepatinya, memerlukan komitmen yang tinggi dan jitu.

Itulah yang dilakukan Datuk Seri Anwar dalam kepadatan jadualnya, sebaik mengadakan pertemuan secara santai bersama Perdana Menteri Thailand - Srettha Thavisin di Phuket, Selasa lalu. Bukan pertemuan santai 'kosong" tapi ada isinya apabila sempat membicarakan isu terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini di kedua-dua negara. Sambil mencapai persepakatan untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia secara lebih pesat.

Berbalik kepada keprihatinan berhubung isu banjir, menerusi tinjauan di Pasir Mas, beliau mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan. Peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan disalurkan terus kepada mereka yang terkesan akibat tiga gelombang bencana alam itu sejak November lepas.

Setiap keluarga akan menerima RM1000.00 dan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami. Manakala bantuan tambahan akan dibuat berdasarkan penilaian terhadap kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan.

Tidak cukup dengan itu, bagi mengatasi masalah banjir termenung di Rantau Panjang, kerajaan meluluskan peruntukan segera bernilai RM6 juta untuk membina benteng sementara. Termasuk struktur alur limpah bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Pada masa sama kerajaan negeri bersetuju menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat, seawal Januari 2024. Dengan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta telah diluluskan. Lagi.. sebanyak lima projek baharu bagi mengatasi masalah banjir di Kelantan juga dijangka memulakan proses perolehan pada tahun depan.

Sesungguhnya, dalam berdepan persiapan gerak kerja pasca banjir, kerajaan perpaduan terus ambil cakna. Pantas merencanakan langkah demi langkah, khususnya dalam memastikan kebajikan penduduk terjejas banjir terjaga. Sebelum…semasa dan selepas.

Antara lain -- peruntukan bernilai RM135,000.00 disalurkan Kementerian Perpaduan Negara kepada 12 pejabat bawah kendaliannya. Melibatkan program seperti Rukun Tetangga 'Cares', Dapur Komuniti Kawasan Rukun Tetangga dan aktiviti pembersihan lokasi terjejas banjir. Di samping ziarah perpaduan dan gerak kerja lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa komuniti.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui agensi di bawahnya pula akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir. Sebaik sahaja mendapat maklumat, dijangka dalam masa terdekat ... penilaian akan dibuat sebelum bantuan disalurkan.

Terbukti, pengenalan konsep Malaysia Madani, sememangnya mencakupi pelbagai aspek. Bukan sekadar hal seperti ekonomi, politik, sosial, dan pendidikan. Tetapi tumpuan turut terarah kepada kemaslahatan rakyat.

Menjelang 2024, usaha menangani kesan perubahan iklim akibat fenomena cuaca ekstrem -- antara yang akan terus dipergiat. Sekali gus mengatasi kesan buruk musibah banjir.

Apapun perlu diingat, banjir bukanlah perkara yang boleh dinormalisasikan, dan tidak boleh dipandang ringan, memandangkan ia membawa kesan serius terhadap masyarakat dan ekonomi. Meskipun ia merupakan bencana alam.

Berhenti salahkan alam! Sebaliknya kerakusan manusia punca segala -- khususnya kemusnahan tadahan hujan... menyebabkan kerugian dari segi kehilangan nyawa dan harta benda.

Sehubungan itu, setiap perancangan perlu ada strategi. Setiap strategi dirangka, mesti ada yang pakar di sebaliknya. Sama-sama muhasabah diri. Sama-sama mendapat manfaat.

Ulasan berita ini disediakan oleh Eza Yusmawati Yaacop Editor Kanan Berita Radio RTM.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bangunan kedutaan USA tu dah kosong situ urusan biase biase saja nak renew visa dll

    Pejabat kedutaan USA banyak pindah ke dalam Bangunan Tan n Tan

    Kumpul kat Bangunan kosong kah kah kah... Baik kau orang kumpul kat depan Bangunan kedutaan USA Ada tulis Avenue

    Situ Ada mesin Judi jack pot... hado jugak paedah nyo... Kah kah kah

    Mesin Judi jack pot bersepah sepah kat KL tu.. 100% pengunjung dan penganjing orang Melayu berjudi

    Bodo bodo

    Kah kah kah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post