Daim Akan Dipanggil SPRM Pada Masa Sesuai

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil tokoh konglomerat, Tun Daim Zainuddin pada masa sesuai bagi merungkai pembelian aset dan pemilikan perniagaan di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Daim tidak akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Beliau (Daim) akan dipanggil dalam masa yang sesuai,” kata Azam.

Selain Daim, menurut Azam, sesiapa sahaja individu yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan itu juga akan dipanggil bagi membantu siasatan SPRM.

Susulan itu, satu sumber berkata, SPRM masih dalam proses mengenal pasti hartanah-hartanah dimiliki Daim sama ada yang berada di dalam dan luar negara.

Kata sumber, agensi itu percaya masih ada perniagaan dikuasai tokoh perniagaan itu tetapi tidak didedahkan.

“Sepanjang siasatan, SPRM berhubungan dengan Daim dan peguamnya namun agensi ini rasa masih ada yang tidak dinyatakan,” kata sumber.

Semalam akhbar ini mendedahkan siasatan SPRM terhadap Daim menjurus kepada bagaimana pembelian-pembelian aset dan perniagaan miliknya diperoleh.

Selain, bangunan Menara Ilham yang disita, SPRM juga mengesan beberapa hartanah yang dikaitkan dengannya antaranya perhotelan dan perbankan.

DISITA

Kelmarin, Azam mengesahkan Menara IIham bernilai RM580 juta semasa binaan disita SPRM.

Bagaimanapun, Azam enggan memperincikan kes siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan itu.

Azam memberi jaminan tindakan sitaan Menara Ilham yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar ini pada 22 Disember lalu tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

Katanya, proses sama telah dilakukan SPRM sejak sekian lama ketika proses siasatan dilaksanakan, sambil menekankan sitaan Menara Ilham itu bukan satu-satunya kes.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan SPRM menyita bangunan Menara Ilham..

Perdana Menteri berkata, siasatan itu dibuat tanpa mengira kedudukan, tanpa pilih kasih atau menyebelahi mana-mana pihak mahupun berniat jahat.

Tindakan menyita Menara Ilham oleh SPRM adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

SAHAM

Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6% ekuiti oleh UEM Group. Lapor akhbar ini lagi, siasatan SPRM telah dijalankan bermula pada awal tahun sehingga kini. Sitaan dilakukan selepas siasatan SPRM mendapati pemilik kepada Menara Ilham adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh isteri dan anak kepada seorang bekas menteri kewangan.

Pada Mei lalu, Utusan Malaysia mendedahkan, beberapa dokumen berkaitan pengambilalihan, dagangan saham dan penjualan saham melibatkan sebuah syarikat tersenarai sedang diperoleh SPRM.

Kesemua dokumen ini dalam tindakan untuk diperoleh SPRM daripada beberapa penama, bank, syarikat gergasi, pemaju dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk dianalisa.

Selain mendapatkan transaksi kewangan berkaitan penjualan saham, SPRM juga dipercayai akan memanggil semua terlibat termasuk tokoh terkemuka itu.

Tumpuan siasatan SPRM berhubung penyelewengan ini adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.

Difahamkan juga transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan mata wang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu-individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk.

Justeru kertas siasatan itu dibuka di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN

 
IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.

KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 

- Membantu melancarkan peredaran darah 
- Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki 
- Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan 
- Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. 
- Menghilangkan bau kaki 
- Membantu masalah tidur 
- Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas 
- Detoksifikasi

Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah



1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Brown Corpora Cavernosa says: dari satu sudut, rase bangga laa ada jugak sebijik bangunan premium milik individu anak melayu di tengah bandar disamping Naza TTDI walaupon ramai lagi anak2 melayu yang boleh dan mampu beli bangunan/hartanah di KL macam dr Vida Alif Shukri Syed Ibrahim dan lain2 tapi tak "berminat". Kenapa ek?
    Pun kita berdoa agar Azam Baki dan anggota2nya tidak rapuh gelap mata lemah terpedaya dgn umpan sogokan wang ringgit yang kononnya akaun simpanan dibuka di luar negara oleh manusia kaya ni untuk diaorg. Jika ada yang lemah setuju maka hancurlah melayu selama2nya ibarat runtuh Kota Melaka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post