Diharap Mujahid Tak Kena Cantas..

SHAH ALAM - Kedudukan sebagai menteri bukan ‘tiket hijau’ atau kriteria utama seseorang itu dipilih menjadi calon presiden pada pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2023-2026, serentak penganjuran Konvensyen Nasional Amanah 2023 pada 22 hingga 24 Disember depan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, beliau yakin pemilihan itu bakal dilaksanakan secara sihat bagi menentukan 'Top 5' dalam barisan pimpinan parti.

“Saya yakin 27 orang yang dipilih nanti tidak meletakkan kriteria menteri sebagai syarat. Jawatan menteri, timbalan menteri atau senator, bukan syarat penentuan di dalam Amanah.

“Paling utama, keyakinan saya kepada parti Amanah adalah sejauh mana 27 individu yang bakal dilantik ini benar-benar boleh mengembangkan dan memperkukuhkan parti serta dasar besar iaitu Rahmatan Lil Alamin ini boleh dibawa,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Mengulas tentang lima jawatan utama dalam parti yang dipegang oleh kawan-kawan lama, beliau berkata, persaingan itu bukanlah sesuatu yang kotor tetapi lumrah biasa dalam permainan politik.

“Sepanjang saya terlibat dengan politik, persaingan adalah perkara biasa. Tiada siapa yang menganggap persaingan itu kotor, atau tidak elok. Persoalannya adalah sejauh mana kita berpegang kepada persaingan yang sihat?

“Sihat adalah berpandukan kepada kelayakan, sumbangan dan paling besar dinilai dari sudut kesetiaannya kepada parti. Jika seseorang itu memfitnah, rasuah, menipu dan memanipulasi ahli lain semata-mata untuk menjadi ketua, itu yang tidak sihat,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menafikan bahawa terdapat unsur-unsur rasuah atau penipuan dalam pemilihan Amanah kali ini.

“Jawatan presiden ditentukan oleh 27 orang yang dipilih daripada perwakilan. Tiada masa untuk kita memberi ‘duit’ kepada 27 orang ini sekiranya memang benar ada unsur rasuah.

“Perwakilan hanya memberi tumpuan serta menilai kemampuan kita, sumbangan kepada parti, dan jika seseorang itu memegang jawatan di dalam kerajaan, tidak kira ketua kampung, Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara,” ujarnya.

Pada 22 hingga 24 Disember ini, Amanah bakal mengadakan konvensyen yang menggariskan para perwakilan memilih 27 orang dan memutuskan siapa menjadi presiden, timbalan dan sebagainya untuk memimpin parti itu bagi penggal hadapan.

Baru-baru ini, Mujahid sudah mencanangkan bahawa beliau sedia memikul tanggungjawab lebih besar sekiranya namanya tersenarai lima yang menerima sokongan tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah bagi sesi 2023-2026.

Mujahid adalah salah seorang Naib Presiden Amanah dan pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2018-2020.

Ketika ditanya tentang sistem Amanah yang tidak mengamalkan pertandingan satu lawan satu bagi lima jawatan tertinggi seperti parti politik lain, Mujahid berkata, parti belajar daripada pengalaman untuk tidak mengulangi seseorang itu pegang jawatan dalam jangka masa panjang.

“Maka itulah lahirnya idea kita tetapkan tiga penggal sahaja. Kalau satu penggal, tiga tahun, bermakna sembilan tahun sahaja paling maksimum boleh menerajui parti supaya ada peluang kepada pelapis-pelapis lain untuk digerakkan naik ke peringkat pimpinan tinggi seterusnya.

“Sekiranya bertanding untuk jawatan presiden akan timbul macam-macam. Sebab itu tiada satu lawan satu. Kita cuba memastikan perlembagaan parti dinamik dan tidak mengulangi masalah yang dihadapi oleh parti-parti sebelum ini seperti isu perpecahan,” jelasnya.

Sila sambung bacaan anda di SINI

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. .Hari ini Papa Non kata dalam Bible dan Al Quran ada kisah pemoda Al kahfi.. Papa kata mereka penganut agama Kristian...!?

    Lanjut nya lagi pemoda Al kahfi itu dalam Bible papa kata Ada surah The Cave dan papa non Kata pemoda al kahfi itu memeluk agama Kristian...!????

    Link bawah ni bangang..!!

    https://vt.tiktok.com/ZSNVxav4c/

    Ini lah ciri ciri kebangangan papa dan anap papa bila otak liberal pluralisma Jadi sandaran

    Pemoda yang ada kisah disebut dalam Bible (The Cave) dan Al Quran dalam surah Al kahfi itu bukan penganut agama Kristian...banganggg..!!

    Mereka adalah penganut agama ahli Kitab yang beriman dengan Allah dan Rasul bukan penganut agama Kristian...!!

    Ini lah bila si bangang menafsir dan Anak Anak papa menjilat saja apa yang diludah oleh papa mereka...

    Lansung tidak membantu sama sekali Rakyat jelata... Banganggg...!!!

    Semua anak papa dah jadi bangang...!!

    #sudahsudahlahpengikutpapajadibangang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post