Dr Sam Mendahului Di PRK Kemaman

BERBAKI sehari sahaja lagi, calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat lebih mendahului dalam penerimaan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, lapor firma penyelidik Ilham Centre.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mampu memberi cabaran kepada calon heavyweight Pas.

“Berdasarkan pemerhatian kami, penerimaan Ahmad Samsuri semasa kempen lebih ke hadapan berbanding calon BN, namun kehadiran Raja Mohamed Affandi juga tidak boleh dipandang mudah pihak lawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tinjauan firma itu juga mendapati mood 141,790 pengundi di Parlimen berkenaan suram.

“Tiada isu hangat dibangkitkan sepanjang tempoh 13 hari ini selain cuaca hujan dan mendung menjadi faktor kempen PRK Kemaman ‘sejuk’.

“Faktor cuaca mengehadkan pengundi serta jentera untuk berpartisipasi dalam PRK ini dengan lebih rancak,” katanya.

Ujar Hisommudin, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen itu juga tidak memberi impak besar kepada pengundi di kawasan tersebut.

“Jentera Pakatan Harapan (PH)-BN yang berjanji untuk membawa pembangunan sekiranya Kemaman selari dengan kerajaan dilihat terlalu umum serta tiada isu setempat dibangkitkan.

“Berbanding Pas, segmen yang memberikan kesan besar dan menyumbang majoriti undi kepada Pas ialah dalam kalangan pengundi muda,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, undi majoriti yang diperoleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dijangka akan menyusut.

“Dalam PRK kali ini situasi untuk mencapai peratusan keluar mengundi setinggi PRU15 lalu mungkin sukar dicapai.

“Logiknya, majoriti kali ini akan berkurangan bukanlah kerana perubahan pola sokongan, sebaliknya lebih kepada jumlah pengundi yang keluar mengundi lebih rendah,” katanya sambil menambah misi Pas adalah untuk mengekalkan kejayaan bagi membuktikan sokongan terhadap mereka yang tidak mampu digugat oleh PH-BN.

Beliau berkata, dijangkakan 65 peratus akan keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Sabtu ini.

Pada PRU15 lalu menyaksikan Pas yang diwakili calon, Che Alias Hamid menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh 65,714 undi. Beliau menewaskan calon BN iaitu Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, Hasuni Sudin (PH) memperoleh 8,340 undi dan Rosli Ab Ghani (Pejuang) mendapat 506 undi. 

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen - SH

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Majority lebih besar 50 ribu mampu diraih di Kemaman jika Tun Mahathir tidak menempelkan dirinya grand finale PRK Kemaman.

    Peratusan 65.76% yang mengundi. 10% pengundi Bossku tidak mengundi hanya disebabkan Tun Mahathir Cuba menonjolkan pimpinan kununnya Islamic sedangkan PejWang di bawah Boboi lebih sekular seperti Marina Gereja mempertahankan LGBT dan COMANGO liberal dibawah jenama PejWang.

    Dr Samsuri meraih 64,998 undi pada PRK Kemaman, meninggalkan calon Barisan Nasional yang terpaksa berpuas hati dengan 27,778 undi.

    Ini bermakna PAS meraih majoriti 37,220 undi pada pilihan raya ini, mengatasi 27,179 undian yang diperoleh pada PRU15.

    Sekiranya pengundi Bossku turun mengundi dijangk kan kemenangan Dr Sam melebihi 50 ribu majority

    ReplyDelete
  2. Wahai KJ helok tukar segman "Keluar Kejap" pada segman "Keluar Terus"

    Sudah dua Kali KJ gagal menanyakan soalan di mana Jho Low, Nik Faisal dan lain lain dalam segman Keluar Sekejap.

    Lebih baik KJ keluar terus dan tak payah nk acah acah keluar kejap bila persoalan utama kes 1MDB tidak diajukan pada Peguam Bossku Shafie Abdullah. Link bawah ni haah..

    https://vt.tiktok.com/ZSNQa23ke/

    Kali pertama segman Keluar Kejap KJ bersama Tun Mahathir tidak mampu menyakan soalan kenapa Jho Low Nik Faisal Zety Taufik Ayman tidak diheret dan ditangkap semasa Tun Jadi PM kali ke 2.

    Susah sangat kah Nak Tanya soalan mengenai Jho Low yang senang lenang kaya raya billion billion Wang negara di Joli bersama artis Hollywood..!?

    Persoalan yang utama tidakkah KJ sedar impak kes 1MDB pada orang Melayu betapa bodoh nya pemimpin Melayu yang Jadi barua barua Mata sepet sedang terbahak bahak tepuk tangan melihat segmen 'Keluar Kejap' ini Jadi bahan jenaka Tuan barua Melayu utk kaum DAP@LeeKwanYew betapa bodoh bangang nya pemimpin Melayu tidak mampu menagkap Jho Low mahupun Nik Faisal saksi utama macamana ka 1MDB dijadikan bahan fitnah untuk mengenakan Bossku..!? Link bawah ni siall..!!

    https://vt.tiktok.com/ZSNQ5KMeA/

    Elok KJ keluar terus Dari acah acah keluar kejap kalau persoalan saksi utama disebut ratus beribu Kali nama Jho Low dalam mahkamah di dalam dan luar negara sedangkan tak nampak Dari Hari pertama hingga akhir batang tubuh Jho Low Nik Faisal dan Taufik Ayman tidak didakwa dan ditangkap oleh pemimpin nagara..!?

    Apakah kalau KJ tanyakan dimana Jho Low segman Keluar Sekejap akan segman Keluar Berak Cair KJ..!?

    #elokkeluarterusdariacahacahkeluatkejap

    ReplyDelete
  3. Hey, this article is pretty awesome! Check out some other cool reads on this site too! akunslot 

    ReplyDelete
  4. That post is pretty cool, dishing out some fresh info for you. Check out more of the same stuff right here too! akun slot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post