Pegawai Kanan Polis Dituduh Membunuh Pelajar

IPOH: Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima di sini pada Jumaat lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Pertuduhan ke atas Mohd Nazri Abdul Razak, 44, pegawai bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan berpangkat deputi superintenden, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau ipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Di hadapan hadapan Majistret S Punitha, dia didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Punitha kemudian menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pegawai polis itu kelihatan tenang sepanjang prosiding, namun abang mangsa, Zarul Fitri, 29, bagaimanapun tidak dapat menahan sebak ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, J Geetha dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi, dilaporkan akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen. Pada hari sama, pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Sebelum ini media melaporkan Jabatan Peguam Negara menyatakan, suspek yang juga berusia 44 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati jika sabit kesalahan.

"Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemuka dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek.

"Suspek akan dituduh secara tentatif mengikut Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, pada Isnin 18 Disember 2023. Mahkamah Majistret kemudian akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan," katanya.

Jabatan Peguam Negara merujuk kepada kes kemalangan yang berlaku Khamis lalu, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di Ipoh membabitkan sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis dan motosikal ditunggang seorang pelajar yang maut dalam kejadian terbabit.

Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian ialah kecederaan di bahagian dada dan abdomen.

Laporan dipetik dari Berita Harian

IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.

KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 

- Membantu melancarkan peredaran darah 
- Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki 
- Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan 
- Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. 
- Menghilangkan bau kaki 
- Membantu masalah tidur 
- Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas 
- Detoksifikasi

Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post