PM Bukan Melayu: Jangan Sampai Dijadikan ‘Bola Tanggung’

Oleh Muhammad Afifi Abdul Razak

DALAM kenyataan semasa bertemu pelajar Malaysia di Manchester pada 29 November lalu, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyatakan, perlembagaan negara menjanjikan impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal. Kata beliau, perkara ini dapat dilihat dengan baik sekali daripada hakikat di mana perlembagaan negara tidak menyekat mana-mana bukan Melayu menjadi seorang perdana menteri.

Isu bukan Melayu sebagai perdana menteri ini telah lama diperkatakan sebenarnya. Malah isu bukan Melayu sebagai menteri besar di negeri yang undang-undang tubuhnya mensyaratkan menteri besar itu wajib datang daripada bangsa Melayu dan beragama Islam sendiri pun pernah diperkatakan oleh pemimpin DAP lama sebelum ini dalam insiden di Perak pada 2008.

Kit Siang dalam kenyataan media pada 12 Mac 2008 menegaskan, DAP akan memboikot (tetapi ini kemudiannya tidak dilakukan) majlis angkat sumpah selaku menteri besar oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas kerana mahukan Pengerusi DAP Perak waktu itu, Datuk Ngeh Koo Ham sebagai menteri besar kerana kerusi DAP lebih banyak (18) berbanding PKR (7) dan Pas (6).

Ini kerana Perkara XII (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak walaupun menyebut mengenai tiada seorang pun boleh dilantik menjadi menteri besar melainkan daripada bangsa Melayu dan beragama Islam, juga menyebut sultan boleh melepaskan salah satu atau kedua-dua syarat bangsa dan agama ini bila-bila baginda memikirkan berfaedah berbuat demikian.

Karpal Singh, Pengerusi DAP waktu itu, pernah menegaskan pada 24 Mei 2012 bahawa beliau tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi perdana menteri termakbul dalam era beliau, namun selagi hidup beliau tetap akan memperjuangkan impian ini.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pernah menyanggah impian DAP ini dengan berkata pada 7 Jun 2012 bahawa jawatan perdana menteri akan sentiasa diisi orang Melayu berdasarkan perspektif sejarah yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.

British datang ke Tanah Melayu, kaji dan buat keputusan, ini adalah tempat kerajaan Melayu. Jadi, pada 1927 apabila Hugh Clifford dilantik sebagai gabenor dalam Federal Council ada dijelaskan dia berkata bahawa tempat ini pernah, sememangnya dan perlu kekal sebagai negeri Melayu, kata Kay Kim.

Tambah Kay Kim, perkara itu dikukuhkan lagi dalam persidangan raja-raja Melayu pada 1961 apabila Gabenor British pada masa itu, Sir Cecil Clementi menegaskan sekali lagi bahawa Malaya untuk orang Melayu.

Benar perlembagaan negara tidak mensyaratkan perdana menteri wajib datang daripada bangsa Melayu beragama Islam, tetapi berdasarkan faktor sejarah diperkatakan Kay Kim serta faktor Melayu sebagai penduduk majoriti Malaysia, maka jawatan ini seharusnya sentiasa dipegang oleh bangsa Melayu beragama Islam.

Apatah lagi dalam perlembagaan negara ada peruntukan mengenai hak istimewa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama Islam sebagai agama persekutuan dan raja-raja Melayu yang hanya akan mampu dijaga oleh perdana menteri berbangsa Melayu beragama Islam.

BOLA TANGGUNG

Kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga tidak ada disebut atau dilindungi oleh perlembagaan negara, dan ini diakui oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi tetapi berdasarkan konvensyen dan persefahaman, kewujudannya tidak pernah diganggu.

Kenyataan Kit Siang ini telah dikritik oleh banyak pihak. Dalam kalangan ahli-ahli akademik, Profesor Madya Dr. Mohd. Azhar Abd. Hamid dan Datuk Dr. Kassim Thukiman dari Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, kenyataan itu boleh menjadi ‘bola tanggung’ kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan, sekali gus mengukuhkan pembinaan persepsi buruk orang Melayu terhadap kerajaan perpaduan.

Ia dikatakan seolah-olah memberi mesej Kit Siang dan DAP tidak gembira dengan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan kerana mereka memiliki kerusi Parlimen lebih banyak berbanding PKR dan UMNO, tetapi wakil rakyat mereka tidak diangkat menjadi perdana menteri.

Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Mazlan Ali pula berkata, perkara seperti ini tidak sesuai untuk dibangkitkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan kepada orang Melayu.

Dalam masa sama, Mazlan mempersoalkan tujuan Kit Siang membangkitkan isu itu dengan berkata, jika ia untuk mengekalkan sokongan orang Cina kepada DAP maka memang kenyataan ini mengukuhkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan pula menyatakan, kenyataan Kit Siang ini sangat mengguris perasaan orang Melayu dan tidak menghormati orang Melayu dan UMNO yang bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan.

Oleh itu, ahli politik seperti Kit Siang tidak sepatutnya membangkitkan isu ini untuk apa-apa motif sekalipun, termasuk jika ia bertujuan mengukuhkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP kerana pada masa sama perkara ini akan melunturkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR.

Perlembagaan negara perlu dibaca dengan cara yang betul, tidak hanya melalui aspek-aspek undang-undang tetapi juga dari aspek falsafah, agama, sejarah, budaya dan politik untuk difahami dengan menyeluruh kerana ia adalah dokumen yang mengaplikasikan kontrak sosial sebagai landas politik-falsafahnya.

Ahli politik perlu sentiasa belajar daripada sejarah lampau dan sejarah mutakhir. Mengesampingkan kontrak sosial yang termasuk di dalamnya dominasi Melayu adalah resipi kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 atau mana-mana kerajaan juga. – UTUSAN

 
IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.

KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 

- Membantu melancarkan peredaran darah 
- Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki 
- Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan 
- Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. 
- Menghilangkan bau kaki 
- Membantu masalah tidur 
- Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas 
- Detoksifikasi

Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah



1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Brown Corpora Cavernosa says: Kaduk dah naek junjung. Mentang2lah bangsa melayu dah nak pupos makin keras perjuangan dan tuntutan politik diaorg ni. Jadi, pada siapa segelintir bangsa melayu yang minoriti ni nak harap? UMNO? (tradisi dok fikir duit duit duit) PAS (tradisi kuasa kuasa kuasa demi duit) PKR? Bersatu Pejuang? Amanah? Hamim?... sekor pon tak boleh dipercayai. Suatu masa dulu ade laa makhluk politik bernama Berahim Ali dengan Putranya konon berjuang melalak demi melayu akhirnya masok kolong UMNO jugak. Jadi melayu minoriti sekarang nak harap siapa? Tunggu masa nak kena sembelih laa macam melayu temasik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post