RM100 Juta Jika Lompat Dari BN

STATUS bon kesetiaan RM100 juta terhadap parti yang ditandatangani Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan, memenuhi peruntukan Akta Anti Lompat Parti serta tidak boleh dicabar undang-undang.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, ini kerana dokumen perjanjian mengikat kesemua calon pilihan raya yang menerima watikah pelantikan calon pada PRU lalu, diperkuatkan lagi dengan keputusan UMNO meminda perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas 2023.

Berikutan itu, bekas calon BN Parlimen Bukit Gantang itu menegaskan, sebarang klausa perjanjian bon kesetiaan RM100 juta itu masih relevan terhadap mana-mana ahli Parlimen BN yang ingkar, meskipun negara kini berdepan dengan senario ahli Parlimen 'lompat parti' versi baharu.

"Selaku bekas calon BN yang menandatangani perjanjian bon RM100 juta itu, saya percaya inti pati dokumen berkenaan masih terpakai terhadap mana-mana ahli Parlimen kami jika mereka beralih sokongan terhadap PN (Perikatan Nasional) di Dewan Rakyat tanpa mengisytiharkan keluar parti pada masa hadapan.

"Ini kerana terma dan status bon mengikat ahli-ahli Parlimen BN itu telah disokong oleh keputusan UMNO meminda perlembagaan parti pada PAU Khas 2023.

"Antara pindaan perlembagaan UMNO diluluskan bagi mengukuhkan status bon berkenaan adalah melibatkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.

"Satu lagi pindaan perlembagaan parti penting adalah perwakilan memberi kuasa kepada Presiden UMNO untuk menentukan hala tuju parti pasca PRU15. Ini secara tidak langsung turut terpakai terhadap sebarang keputusan peralihan sokongan ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang itu berkata demikian bagi mengulas isu pertikaian oleh segelintir pengamal undang-undang terhadap kesahihan bon kesetiaan parti bernilai RM100 juta yang mengikat 30 Ahli Parlimen BN daripada berpaling tadah ke blok pembangkang.

Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi dalam satu kenyataan mendakwa, dokumen perjanjian itu hakikatnya tidak berkuasa mengikat ahli-ahli Parlimen BN daripada menyatakan sokongan terhadap PN di Parlimen.

Ini kerana beliau menjelaskan sekiranya kes lima Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong Kerajaan Perpaduan diambil kira, kelima-lima wakil rakyat PN berkenaan telah disahkan Speaker Parlimen, Tan Sri Johari Abdul sebagai tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Berikutan keputusan precedent case dibuat Speaker Parlimen, maka tiadalah kuasa parti untuk mentafsirkan perbuatan mana-mana ahli Parlimen BN yang ingin menukar sokongan di Dewan Rakyat kelak sebagai satu kesalahan parti.

"Malah ada juga keputusan Speaker Parlimen dalam kes-kes lain sebelum ini yang dicabar di mahkamah, lalu mahkamah memutuskan keputusan berkenaan adalah non-justiciable," kata Shamsuddin melalui laman Facebook.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan setiap pemimpin BN termasuk UMNO telah diminta menandatangani satu dokumen aku janji disediakan mengikut lunas perundangan (legally binding document) oleh peguam-peguam BN sebelum menerima surat watikah pelantikan calon.

Bahkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, kesemua calon pilihan raya yang bersetuju menerima watikah tersebut secara sedar dan rela hati sedia disaman sebanyak RM100 juta sekiranya melanggar inti pati perjanjian.

Perdebatan mengenai status kesahihan bon kesetiaan BN RM100 juta ini timbul di celah-celah spekulasi lebih 10 ahli Parlimen blok kerajaan terutama BN, didakwa bakal berpaling tadah menyokong blok pembangkang dalam masa terdekat.

TIADA RUANG KHIANAT

Mengulas lanjut, Mohammad Sollehin menjelaskan kesemua ahli Parlimen BN termasuk beberapa pemimpin digantung parti menyedari mereka tiada ruang untuk mengkhianati Kerajaan Perpaduan susulan akur tangan mereka kini 'terikat' sepenuhnya.

"UMNO dan DAP merupakan antara parti yang bertindak meminda perlembagaan parti untuk disesuaikan dengan peruntukan Akta Anti Lompat Parti.

"Sebab itu, kami tidak berdepan masalah seperti Bersatu yang dijangka kehilangan lebih ramai lagi sokongan ahli Parlimen sendiri pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I mengesahkan penjelasan Mohammad Sollehin.

Jelasnya, inti pati perjanjian mengikat calon-calon BN PRU15 berkenaan sememangnya telah merangkumi kesemua aspek, termasuk potensi perbuatan ahli-ahli Parlimen bertukar sokongan dalam Dewan Rakyat tanpa perlu mengisytiharkan keluar parti.

"Ya...(inti pati perjanjian bon kesetiaan RM100 juta) terpakai untuk semua (termasuk kes ahli Parlimen lompat parti versi baharu).

"Sekarang ini jumlah rasmi ahli Parlimen menyokong kerajaan adalah 147 orang. Kalau tolak 30 ahli Parlimen BN sekali pun, masih ada 117 ahli Parlimen. Tambah pula lima ahli Parlimen pembangkang sokong kerajaan, sudah 122 orang.

"Dengan angka sokongan terhadap kerajaan sangat kukuh, buat apa ahli-ahli Parlimen kami hendak buat kerja bodoh (dengan sokong PN)?" soalnya - SH

IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.

KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 

- Membantu melancarkan peredaran darah 
- Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki 
- Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan 
- Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. 
- Menghilangkan bau kaki 
- Membantu masalah tidur 
- Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas 
- Detoksifikasi

Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah



2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. He's say....

    Be alert and beware to all Malay people..!!

    Only 222 parliment members and 30 million people but I am with them not with you ...

    I will hunt the corrupt people and cup coffee with Singapore government "we" can to decide something....!???

    What's..... WE ...!? Who is we..!? Singaporean leaders ... Why Singapore why don't Malaysia people only....!?

    What is so important of Singapore.... Little Isreal in South East Asia...!? Barua DAP@PAP is in Malaysia.... What's is so important about Singapore...!? Singapore is support genosid in Isreal now... This is fact about Singapore now..!!!

    What nonsense he's talking about...? Or acah acah go straight like papanon talk only do nothing like NATO (No Action Talk Only)

    To Malaysian Rakyat beware this statement make Malays more courisity about Puppet King..!!

    #MalayinDangerBeware

    ReplyDelete
  2. Apa perlunya melayan media Singapura yang menyokong Genosid bayi dan Anak Anak Palestine ...

    Kalau dah tak mampu menolong Palestine Dari Wang ringgit doa pun qunut nazilah pun Minta dihentikan Nak kibar bendera Palestine pun tak mampu Nak kibar sekurang kurang nya jaga lah sensitivity umat Islam di Dunia ini...

    Masa untuk Lupakan terus Singapura sepatutnya sudah dilaksana

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post