RM2 Juta Untuk Dapatkan Gelaran Tan Sri..

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk seorang presiden badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki terlibat sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang membawa gelaran Tan Sri dengan bayaran RM2 juta.

Menurut sumber, suspek ditahan masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan pada 30 November lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, dua lagi suspek iaitu wanita berusia 40-an serta lelaki berusia 30-an ditahan secara berasingan pada 4 dan 6 Disember lalu.

“Suspek terbaharu yang ditahan kira-kira pukul 3 petang kelmarin di Melaka merupakan presiden sebuah NGO yang disyaki menjadi dalang utama menetapkan harga bagi calon yang berminat mendapatkan pingat kebesaran.

“Dia kemudiannya mengarahkan ahli sindiketnya iaitu suspek kedua iaitu lelaki berusia 50-an yang menyamar sebagai tengku bagi mendapatkan bayaran bagi menipu enam individu lain yang ingin mendapatkan pingat kebesaran tanpa melalui prosedur biasa,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Mengulas lanjut, sumber berkata, isteri suspek kedua juga dipercayai terlibat bersama dua lagi suspek yang menyamar sebagai ahli perniagaan sebuah syarikat berasaskan pertanian bagi menguruskan transaksi penerimaan wang tersebut.

“Sindiket itu dipercayai mula menjalankan kegiatan tersebut sejak 2020 dan telah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan kerugian ratusan ringgit.

“Mereka menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan bagi meyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang di atur melalui pintu belakang itu adalah benar-benar tulen,” katanya.

Jelasnya, salah seorang mangsa lelaki yang berusia lingkungan 50-an dipercayai telah membayar kira-kira RM1.2 juta untuk mendapatkan gelaran Tan Sri menerusi beberapa transaksi bank kepada sindiket.

“SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa sindiket.

“Selain itu, bayaran yang dikenakan berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai RM150,000, Datuk Seri (RM250,000) selain Tan Sri bernilai RM2 juta,” ujarnya.

Susulan penahanan itu, tiga suspek yang ditahan telah disambung reman selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Disember 2023 manakala seorang suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Suspek wanita yang ditahan pada 4 Disember lalu ditahan reman selama 4 hari bermula 5 hingga 8 Disember 2023, manakala suspek utama ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga 11 Disember 2023.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM kini sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut. – KOSMO! ONLINE

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post