UMNO Bakal Terkubur Selepas PRU16?

KANGAR: UMNO tidak mustahil terkubur dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika terus menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan memandangkan majoriti ahli atau pengundi mereka jelas menolak kerjasama tersebut.

Bagaimanapun, UMNO masih mempunyai masa untuk merubah keadaan tersebut dengan bersama dalam penyatuan ummah atau Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau percaya majoriti pengundi atau akar umbi UMNO tidak sependapat dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersama DAP.

Katanya, kebanyakan barisan kepemimpinan juga tidak berani menentang atau menzahirkan pandangan berkaitan keputusan tersebut.

Ujarnya, penolakan tersebut jelas apabila dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini ramai pengundi UMNO memberi undi kepada Pas sehingga majoriti terus melonjak tinggi.

“Undi Pas yang bertambah juga datang dari orang UMNO yang protes dengan kerjasama UMNO DAP. Mereka (pengundi UMNO) terjemahkan kekecewaan tersebut melalui peti undi dan mustahil UMNO tidak sedar lagi.

“Jika kepemimpinan UMNO terus bawa cara sekarang, tidak mustahil PRU16, UMNO akan terus terkubur. Kita di dalam Pas, tidak pernah mengisytihar musuh dengan UMNO dan bila-bila masa sahaja mereka boleh bersama dalam penyatuan ummah,” katanya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, Pas sentiasa terbuka menerima UMNO bersama dalam PN demi semangat penyatuan ummah sekali gus bakal menguatkan lagi gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin UMNO bukan sahaja menolak tawaran Pas malah menganggap parti itu bagaikan gila talak’ mahu ‘merujuk’ semula.

Keterbukaan dan pelawaan Pas itu ditolak bulat-bulat oleh kepemimpinan UMNO, khususnya Ahmad Zahid Hamidi yang menganggap Pas ‘gila talak’ mahu berkerjasama semula.

Tegas Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, setakat ini UMNO belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas.

Sementara itu, Hashim berkata, sebarang formula jika UMNO bersama PN akan diuruskan di dalam perbincangan dengan apa yang lebih penting penyatuan ummah direalisasikan.

“Masing-masing parti akan ada formula dalam mendepani pilihan raya di dalam gabungan. Agenda penyatuan ummah adalah perkara utama yang juga menjadi tuntutan agama,” katanya. 

Katanya, gabungan penyatuan ummah akan bertambah kuat dengan penyertaan UMNO dan tidak mustahil 40 kerusi yang menjadi kubu kuat DAP juga mampu dirampas dalam pilihan raya. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. The article discusses UMNO's post-PRU16 fate, highlighting its alliance with DAP and opposition from members. It also suggests a possible turnaround through unity efforts within PN. emergency protective order

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post