UMNO Berdepan Krisis Keyakinan Pengundi

SHAH ALAM - Kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini memberikan isyarat jelas bahawa UMNO yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berhadapan krisis keyakinan pengundi Melayu-Islam termasuk penyokong parti itu sendiri.

Malah, penganalisis politik meramalkan UMNO mungkin kalah teruk dan sekali lagi ditolak pengundi Melayu-Islam termasuk pengundi tegarnya sendiri dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Kemungkinan itu boleh berlaku jika UMNO gagal menangani perang persepsi dan kebangkitan gelombang hijau atau sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) yang semakin meningkat termasuk di negeri Pantai Barat seperti Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, sejak kebelakangan ini.

Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, sebenarnya zaman kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO sudah bermula sebelum mereka menyertai Kerajaan Perpaduan atau PRU15 lagi.

Beliau berkata, segalanya bermula apabila UMNO/BN yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam PRU 2014 dan berterusan semasa era kepimpinan Datuk Seri Najib Razak serta Ahmad Zahid menjadi Presiden.

“Keadaan itu makin parah apabila majoriti pengundi teras UMNO atau pengundi putih terutama anak muda menolak UMNO dalam PRU15 lalu dan memilih PN kerana dianggap lebih perjuangkan nasib dan kebajikan orang Melayu-Islam berbanding BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Kekalahan demi kekalahan dialami UMNO/BN dalam PRU14 dan PRU15 memaksa mereka menyertai koalisi Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh PH termasuk DAP yang dianggap musuh ketat orang Melayu selama ini demi kelangsungan politik,” katanya kepada Sinar Premium.

Berikutan itu, Mazlan berkata, UMNO kini berhadapan dengan sentimen penolakan pengundi Melayu-Islam susulan kejayaan doktrin dibawa oleh PN bahawa parti itu kini menjadi ‘kuda tunggangan’ PH dan DAP.

“Masalah utama UMNO/BN sekarang ini ialah sentimen Melayu/Islam dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang berjaya dimainkan PN sehingga menyebabkan pengundi putih termasuk penyokong kuat UMNO sendiri berpaling tadah menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan beberapa PRK lalu termasuk di Kemaman.

“Tambahan pula ramai orang Melayu masih tidak dapat menerima tindakan UMNO/BN bergabung dengan PH terutama DAP yang selama ini menjadi ‘musuh’ tradisi dan seteru politik orang Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, penyertaan dalam gabungan Kerajaan Perpaduan turut memberikan nilai tambah kepada UMNO terutamanya sokongan bukan Melayu kepada BN bagi menggantikan pengundi putih atau penyokong setia dalam kalangan orang Melayu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar pula menjelaskan UMNO perlu bijak menguruskan tanggapan negatif orang awam dan penyokongnya terhadap pemecatan keahlian parti, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil kerana ia memberi gambaran bahawa demokratik dan kebebasan bersuara sudah mati dalam UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid.

Bagaimanapun, Hisommudin berkata, dalam konteks parti UMNO, tiada pilihan lain bagi mendisiplinkan ahlinya berikutan kritikan terbuka dan melampau batas dikeluarkan Isham menerusi media arus perdana dan laman sosial miliknya.

Hisommudin berkata, kegagalan UMNO menangani persepsi negatif akibat masalah dalaman parti menyebabkan orang Melayu termasuklah pengundi tegar BN kini beralih arah menyokong PN.

“Saya melihat banyak faktor mempengaruhi kemerosotan undi Melayu kepada BN dan UMNO selain masalah dalaman parti. Orang Melayu perlukan sebuah parti yang mereka boleh bergantung harap dan dalam konteks PRU15 dan PRN lalu ialah PN.

“Keadaan itu menyebabkan majoriti pengundi Melayu termasuk anak muda Melayu meletakkan harapan kepada PN untuk mengangkat agenda Melayu dan Islam berbanding UMNO sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Hisommudin juga bimbang UMNO bakal mengalami nasib sama seperti Pas yang sebelum ini pernah menang hanya beberapa kerusi Parlimen jika mereka gagal memulihkan kepercayaan dan sokongan orang Melayu menjelang PRU16 nanti.

“Saya melihat jika UMNO gagal pulihkan sokongan orang Melayu terhadap mereka saya khuatir mereka akan mengalami nasib sama seperti Pas sebelum ini yang menang kurang daripada 20 kerusi Parlimen dalam PRU sebelum ini,” katanya - SH

IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.

KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 

- Membantu melancarkan peredaran darah 
- Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki 
- Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan 
- Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. 
- Menghilangkan bau kaki 
- Membantu masalah tidur 
- Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas 
- Detoksifikasi

Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post