UMNO Dah Jadi Barua DAP Isham Kata?

PETALING JAYA: Umno terus menerima penolakan orang Melayu kerana parti yang seharusnya memperjuangkan Melayu dan Islam, sudah tersasar dan rela menjadi “barua DAP”, dakwa Isham Jalil.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mendakwa, ada segelintir pemimpin parti itu bertindak “lebih DAP daripada DAP”, dengan mempromosikan parti cauvinis itu secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi.

“Sebab kekalahan kita (di PRK Kemaman), ada beberapa orang yang mempromosikan DAP dalam Umno…cukup-cukuplah jadi ‘penjilat’ DAP. Janganlah bila kepentingan DAP tergugat, kamu yang terkoyak lebih.

“Mereka nak pertahankan DAP sangat, sampai jadi ‘penjilat’ tegar. Itu orang Melayu tak suka,” katanya dalam rakaman video dikongsikan di Facebook.

“Lagi kamu ‘jilat’, lagi kamu pertahan DAP selagi itulah orang Melayu akan ‘reject’ kita dan lagi kita akan kalah pilihan raya. Itu kita kena sedar.”

Beliau mengulas keputusan PRK Kemaman Sabtu lalu, menyaksikan PAS menerusi calonnya, Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Raja Affandi mendapat 27,778 undi, merosot berbanding 38,535 undi diterima Ahmad Said pada PRU15.

Isham berkata, Umno seharusnya kembali kepada penyatuan parti-parti Melayu jika mahu mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu yang kini sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kepada anasir-anasir yang dah jadi tali barut parti lain, nak jadi ‘barua’ memecahkan orang Melayu, itu yang kita kena tentang habis-habisan.

“Kita kena sedar dalam Umno dan perbaiki diri kita supaya kita kembali relevan dan dapat sokongan orang Melayu dan usahakan orang Melayu di negara ini bersatu kembali,” katanya - FMT

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Brown Corpora Cavernosa says:
    Barua penjilat DAP? Ka ka ka ka ka barua DAP? Ka ka ka ka sejak bila UMNO tak jadi barua pada parti2 "DAP"? (DAP bagi aku hanya simbolik je). Mujo Suruhanjaya Reid gubal perlembagaan sedemikan rupa ada laa siket tanah untuk org melayu dan pengiktirafan ugama Islam. Nak harapkan UMNO mase tu nak tulong gubal? Pookey mark UMNO ni.... aahhh malas aku nak cakap. Sejarah tak pernah menipu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post