30,000 Tentera Zionist Dijangka Cacat

TEL AVIV – Seramai 4,000 askar Israel disahkan kini bergelar orang kelainan upaya (OKU) sejak permulaan perang Gaza dengan jumlah itu dianggarkan boleh meningkat kepada 30,000 orang, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

“Rejim Zionis bersiap sedia untuk menerima sejumlah besar askar OKU dan selepas 100 hari perang, kira-kira 4,000 tentera disahkan OKU,” lapor laman berita Walla kelmarin.


Serangan Hamas pada 7 Oktober lalu menyebabkan Israel menghadapi situasi peperangan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini dari segi jumlah askar yang cedera parah.

Laman berita itu menambah, tentera Israel tidak mendedahkan semua data sebenar mengenai askar yang cedera kepada orang ramai kerana bimbang ia akan menurunkan semangat rakyat.

“Kira-kira 4,000 tentera OKU telah dikategorikan mengikut klasifikasi 3. Ini bermakna mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang dinikmati oleh OKU tanpa diiktiraf secara rasmi ,” lapor Walla.


Tambahnya, gaji akan dibayar kepada tentera yang cedera dan mereka akan menerima rawatan pemulihan.

“Saya telah berada dalam organisasi itu selama 30 tahun dan tidak pernah melihat sejumlah besar askar yang cedera parah.

“Terdapat ramai yang cedera dengan anggota badan dipotong, buta atau lumpuh,” kata Pengerusi Pertubuhan Tentera Israel, Idan Kaliman. – AGENSI

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jangan percaya satu pun berita dari zionist.

    Kemungkinan nak bg orang Islam syok sendiri.

    Supaya negara Arab join perang terang terangan. Bagi Zionist boleh serang negara Arab lain pula.

    Bermacam kemungkinan.

    Pejuang Palestine teruskan perjuangan senjata. Orang Islam lain berjuang cara lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post