Anwar 'Musang Berbulu Ayam' - Daim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, menegaskan bahawa beliau tidak sabar menanti perbicaraan demi membuktikan dirinya tidak bersalah seperti dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dirinya.

"Saya tidak akan berbicara mengenai tuduhan bermotifkan politik terhadap saya. Saya tidak bersalah dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan kelak," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini.


Beliau sebaliknya menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan negara ini yang didakwanya dibayangi pentadbiran menyalahguna kuasa.

"Seperti ramai yang lain mahukan sebuah Malaysia baharu, saya turut menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.

"Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya," katanya.

Menurutnya, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri demi mencapai jawatan perdana menteri.

"Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah itu digugurkan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?

"Kejujuran, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke laut. Institusi bebas seperti SPRM, Peguam Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik," katanya.


Beliau berkata, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar termasuk menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.

"Seharusnya Anwar mesti sedar yang semua ini ada tempiasnya. Ketika sibuk melunaskan dendam lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitan rakyat biasa berterusan.

"Dalam usia yang lanjut, di mana saya tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dulu, keyakinan saya tetap tidak goyah. Saya tidak peduli sangat nasib saya, biarlah Anwar melemparkan segala-galanya terhadap saya, tetapi saya khuatir nasib negara saya," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya melakukan apa yang terdaya dalam memelihara dan menyelamatkan negara ini.

"Jangan takut bersuara terhadap Anwar dan rejimnya. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab kepada rakyatnya, bukan sebaliknya," katanya.


Terdahulu, Daim dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta.

Bagaimanapun, Daim atau nama sebenarnya, Che Abdul Daim Zainuddin, 86, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim, Azura Alwi - BH

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pemuda Panji Hitam dari Timur itu ialah Daim Zainuddin young braveheart pemoda Panji hitam yang dijanjikan.. bukan nya Anwar , Tun Mahathir dan Boboi .... Kikiki..!!

    Pastikan next PRU atau mana mana PRN or PRK sekali "No Boboi No PejWang". Boboi and Marina Gereja both of you have no balls and no stinky pussy to show off to be a fighter. Both of you are coward.

    This bloody coward generation have to abolish and sail all the away into deep sea.... Menyemak legacy ni...!!

    Seperti ramai yang lain mahukan sebuah Malaysia baharu, Daim turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu. Jadi mediator membebaskan Anwar Ibrahim

    “Tetapi kini, Malaysia dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran yang menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya.

    “Demi mencapai jawatan perdana menteri, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai timbalan perdana menteri. Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah timbalan perdana menteri itu digugurkan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?,” kata Daim Zainuddin.

    Dakwa Daim, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke ‘laut’ seperti SPRM, Peguam Negara dan LHDN diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik.

    “Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar, malah menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.

    “Seharusnya Anwar mesti sedar yang semua ini ada tempiasnya. Ketika sibuk melunaskan dendam yang lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitaan rakyat biasa berterusan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?,” Pendakwa mempunyi beban bukti yang sangat berat memfitnah Tun Daim Zainuddin..!!

    Hidup Daim Zainuddin inilah Pemuda Panji Hitam Dari Timur ... Kikikiki

    Bukan Tun apa lagi AlJub dan bukan sama sekali Boboi pemoda Panji hitam legam dari Timur...!!

    Kah kah kah...

    #haahtepokkkk

    ReplyDelete
  2. Tariff air naik lagi 1 February 2024. Ingat Khamis ni Tuan Puan sklian aaarr.....!!

    Menteri formula Rafizi berkata bila tarif air naik lagi harga ayom dijangka akan naik. Jangan makan ayam tukar makanan lain...!!

    Rafizi berucap "Kalau harga ayam naik jangan makan ayam". Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.

    Link ucapan Rafizi pakar pemimpin formula Malaysia

    https://youtu.be/9ihuQOwJ-b8?si=3kAgVLmMrItJRUS6

    Dalam masa yang sama Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.

    Kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.

    “Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post