Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Bebas 7 Tuduhan Rasuah RM6.48 Juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, atas tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu.

Peguam, Haijan Omar, mewakili tertuduh, Mohd Azhar Che Mat Dali, 53, ketika dihubungi BH hari ini mengesahkan keputusan berkenaan dibuat Hakim, Rozina Ayob, pada Jumaat lalu.


"Saya sahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur buat keputusan lepas dan bebas (anak guam atas tujuh tuduhan rasuah pada Jumaat lalu).

"Lima kes didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ketujuh-tujuh tuduhan dibicarakan secara bersama di Mahkamah Sesyen di sini," katanya.

Bagi satu pertuduhan di Kuala Lumpur, Mohd Azhar didakwa meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin, sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan Kementerian Pertahanan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kampung Baru, di sini pada 22 Julai 2019.


Mengikut empat lagi pertuduhan, bekas Setiausaha Politik kepada Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu itu didakwa menerima suapan RM1.35 juta daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd, Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.

Kesalahan dikatakan dilakukan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya di parkir kediaman rasmi Menteri Pertahanan antara September 2019 dan Februari 2020.

Di Mahkamah Shah Alam pula, Mohd Azhar menghadapi dua tuduhan menerima suapan RM130,000 daripada Elias Jemadi dan Zainudin bagi tujuan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dan Kota Damansara, Petaling Jaya, pada 2019.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan - BH

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post