Daim Dakwa Aset Beliau Lebih RM50 Bilion Hari Ini.. Jika..

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berjaya, sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam lagi.

Menurut Daim, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion hari ini.


"Itu kos peribadi saya hari ini dalam keputusan untuk menyertai kerajaan, …keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri dan keluarga saya.

"Pembabitan saya dalam perniagaan menjadi subjek beberapa buku dan artikel, bahkan sebelum saya dilantik sebagai Menteri.

"Tajuk utama pelantikan saya menyatakan "Malaysia's New Finance Minister - Daim Zainuddin - The Quiet Millionaire" (Sunday Times, 12 Ogos 1984); "Tycoon Daim Takes Finance - Millionaire entrepreneur Daim Zainuddin, 45, has been catapulted into the Cabinet as Finance Minister" (The Star, 15 Julai 1984)," katanya.

Daim berkata demikian melalui afidavit sokongan yang dikemukakan beliau dan keluarga dalam permohonan mereka untuk memohon kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka.


Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, berkata pada atau sekitar 1969, beliau menceburi bidang perniagaan dan mengasaskan bersama rakan kongsi lain, Syarikat Maluri Sdn Bhd, yang terbabit dalam pembangunan hartanah.

Bekas Ahli Parlimen Merbok itu berkata, syarikat itu bertanggungjawab membangunkan perbandaran yang dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 billion.

Daim berkata, beliau juga pemilik Malaysian French Bank, dan kemudian UMBC (kini RHB) dan mempunyai kawalan serta kepentingan besar dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia.

Katanya, 10 peratus kepentingan beliau dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion.

"Sebelum menyertai Kabinet saya diberitahu boleh memindahkan semua pelaburan saya ke dalam suatu blind trust (pemegang amanah) dan saya bersetuju. Namun, kira-kira setahun kemudian, Kabinet membuat suatu panduan bahawa saya perlu melikuidasi (mencairkan) pelaburan saya dalam syarikat induk dan UMBC.

"Pada masa itu, aset cair saya berjumlah kira-kira RM750 juta (AS$250 juta). Sekiranya saya telah meletakkan jumlah itu ke dalam suatu dana indeks S&P 500 pada tahun 1984, nilai hari ini akan melebihi RM42 bilion," katanya.

Daim berkata, pada Februari tahun lalu, beliau memberikan kenyataan kepada SPRM tetapi tidak mendengar khabar daripada agensi itu lagi sehingga Jun 2023.

Zahid Hamidi dan Tengku Zafrul turut dinamakan dalam Kertas Pandora

Beliau berkata, walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka tidak disiasat oleh SPRM, dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Empat bulan selepas pernyataan direkodkan, iaitu pada 7 Jun 2023, satu Notis SPRM menurut Seksyen 36 (1)(a) Akta SPRM dikeluarkan kepada beliau dan keluarga yang memerlukan maklumat semua aset dan sumber pendapatan yang dikeluarkan dari Malaysia dari tahun 1997 hingga kini, perlu diberikan dalam tempoh 30 hari.


Menurut Daim, notis itu dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di mana beliau mempunyai "sebab munasabah" untuk mempercayai bahawa kesalahan bagi suapan di bawah Seksyen 23 SPRM Akta telah dilakukan, berdasarkan siasatanmengenai 'Aduan Yang Tidak Didedahkan'.

Katanya, pada tarikh sama, Azamjuga menyebabkan SPRM mengeluarkan notis kepada merekamenurut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, 2001 ("AMLA"),yang membekukan akaun bank peribadi dan akaun bank syarikat mereka.

"Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM atau AMLA. Oleh kerana saya meninggalkan pejabat awam pada Mei 2001, kira-kira 22 tahun yang lalu, saya dinasihatkan peguam bahawa tuduhan yang akan dimulakan terhadap kami tidak berperlembagaan dan tidak sah dan kami tidak akan menerima perbicaraan adil.

"Itu akan menjadi pencabulan hak kami untuk "kebebasan peribadi" yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Sehingga kini, kami tidak mengetahui dakwaan yang dibuat terhadap kami dalam Aduan Tidak Didedahkan dan tidak mengetahui tindakan yang saya ambil yang mana SPRM percaya adalahkesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (dan Seksyen 4(1) AMLA).

"Oleh itu, jelas SPRM menjalankan ekspedisi memancing terhadap kami tanpa sebab yang munasabah," katanya lapor Berita Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!


  1. Serangan Hamas ke atas Israel - menyerang dan membunuh orang awam adalah satu serangan pengganas besar-besaran. Penculikan dan pembunuhan kanak-kanak secara sewenang-wenangnya - tindakan kejam itu mengejutkan, dan menyeramkan," kata Encik Shanmugam iaitu Menteri KDN Singapura

    Fakta Link kat sini Anak papa siall sklian..!!

    https://youtu.be/kXXH7WdNGKQ

    Sejak bila HAMAS bunuh orang awam kah kah kah

    Anak Anak mesti diam kalau Singapura cakap mcm Ni

    Brani Potong kote lgi skli kalau Anak Anak papa bole sanggah fitnah Singapura di atas tuhh

    Kah kah kah

    Anak Anak meh potong kote aku skli lagi klu Anak Anak papa sanggah cakap wakil Singapura itu


    Meh lah potong


    Kah kah kahh


    ReplyDelete
  2. Kah kah kah..Jom buat lapuran Pulis terhadap IGP Malaysia...

    Helok Rakyat dan NGO buat laporan Pulis terus pada IGP. IGP ni makan gaji buta tak buat kerja dan memilih kes untuk tindakan.

    Ajommm ramai ramai buat lapuran Pulis pada IGP Malaysia. Setakat buat lapuran Pulis Minta siasat itu ini dah tak jalan dah buang masa. Baru ada class lapuran tsb..

    IGP ni lagi bangang dan mangkok tingkah Papanon paling tak guna.

    Pulis Nak Cari Raja Petra... Kah..kah

    Raja Petra tak lari dio hado kat obercee. Buat sidang tik tok dan FB lagi... Link kat bawah ni siall

    Kah kah kah

    https://vt.tiktok.com/ZSNTFYjwc/

    Raja Petra tak bertukar wajah Jadi Seko beruang pun... Kah kah kah

    Pulis tak yah nak Cari Raja Petra dia jawab apo yang Pulis ulas pasal dio ...

    Baik Pulis Cari Jho Low Nik Faisal Taufik Ayman dan Zety Aziz hado jugak faedah nya

    Taufik Ayman dan Zety dopan lubang hidung Ketuo Pulis buat buat buta tak nampak...

    Pulis SPRM dah Jadi alat Anak Anak papa paput..tuiiiii..!! Kah kah kah Kah kah kah

    Penyamun tokey Judi, tokey lendir, tokey along Pulis buat buat Bodo bangang jer..

    Kah kah kah..

    Penyamun Melayu Pulis PDRM nampak torang bijik kelontit memasing.. eeeh silap bijik mato memasing ...kah kah

    Saya ulang

    Ajommm ramai ramai buat lapuran Pulis pada IGP Malaysia. Setakat buat lapuran Pulis Minta siasat itu ini dah tak jalan dah buang masa.

    Buat lapuran Pulis terus terhadap IGP Malaysia sbb IGP ini sangat bias dan makan gaji buta..

    Bodo bodoo..


    KHALAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post