'Datuk Seri' Kencing Warga Asing..

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa menipu warga asing bagi mendapatkan pas residen Malaysia, dikesan mempunyai mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kes penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kes terbabit pada Disember lalu.


Katanya, siasatan masih di peringkat awal yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Hasil semakan dilakukan mendapati suspek berusia 64 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk dikehendaki bagi kes penipuan di Kuantan, Pahang.

“Pada masa sama, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung kesahihan gelaran ‘Datuk Seri’ yang digunakan oleh suspek,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Ramli turut menyeru orang ramai yang menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Katanya, semua prosedur permohonan dilakukan berteraskan undang-undang dan orang ramai diminta sentiasa cakna terhadap individu mengaku sebagai ejen atau mempunyai ‘orang dalam’.

“Ingin saya tegaskan kepada orang ramai bahawa tidak ada jalan mudah untuk apa-apa prosedur berkaitan kewarganegaraan, kependudukan atau keberadaan.

“Permohonan perlu melalui saluran tertentu dan sekiranya ada membabitkan bayaran, ia perlu melalui kaedah yang jelas dan betul.

“Justeru, jangan ambil risiko dan jangan sesekali mudah percaya walaupun datangnya daripada individu mempunyai gelaran kerana ia (gelaran) mungkin palsu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pesara swasta memaklumkan dia menjadi perantara kepada warga asing untuk mendapatkan pas residen daripada lelaki terbabit - FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post