Harga Ayam Dijangka Naik Sebab Tarif Air Naik

SHAH ALAM – Harga ayam di pasaran dijangka naik susulan peningkatan tarif air di seluruh negara bermula 1 Februari depan.

Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Dr. Nasiman Sapari berkata, peningkatan kos utiliti itu bakal menjadikan kos pengeluaran sumber makanan itu meningkat daripada 40 sen kepada 48 sen seekor.


Jelas beliau, kos itu meliputi 7.2 peratus berbanding pengeluaran ayam RM6.53 sekilogram seperti dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal meningkat antara 11 hingga 20 peratus.

“Justeru, kami jangka kos utiliti pengeluaran ayam dijangka meningkat sekurang-kurangnya 25 sen sekilogram.

“Kami berharap harga ayam boleh ditingkatkan kepada RM10 sekilogram bagi menghadapi peningkatan kos dengan memperoleh pendapatan tambahan sekitar RM1 hingga RM2,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Menurut Nasiman, penternak kini perlu menanggung kos utiliti termasuk bil air dan elektrik sehingga RM10,000 bergantung kepada saiz reban. – KOSMO! ONLINE

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post