Jangan Ganggu Kerajaan Sedia Ada, Titah Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR: "Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi Yang di-Pertuan Agong, tetapi sedih nak tinggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah belah," titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, perkembangan politik semasa yang mendedahkan wujud tindakan pihak tertentu mahu menumbangkan kerajaan sedia ada amat menggusarkan kerana ia boleh merugikan dan menjejaskan kestabilan negara.


Titah baginda, urusan mentadbir kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan perubahan yang mahu dilakukan pihak tertentu sebelum tempoh pemerintahan ini berakhir, tidak akan membawa negara ke mana-mana.

"Saya bukan mahu menidakkan mana-mana parti politik tetapi pengalaman bertukar kerajaan itu satu proses yang cukup merugikan negara.

"Sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya ada empat Perdana Menteri dan ia cabaran terbesar yang perlu saya hadapi. Saya berusaha mententeramkan negara dan kekalkan keharmonian serta kestabilan hingga kini.

"Mengurus kerajaan ini bukan perkara mudah, pertukaran tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ini akan rugikan rakyat dan kewangan negara.

"Kita sudah ada proses demokrasi yang tertulis pada setiap lima tahun rakyat boleh memilih kerajaan melalui pilihan raya. Jadi biarlah sekurang-kurangnya kerajaan yang ada ini memerintah mengikut tempoh ditetapkan, bukan sekadar satu atau dua tahun dan kemudian menukar dengan sewenang-wenangnya," titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara, sebelum menamatkan pemerintahan selama lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara bermula 31 Januari 2019.


Susulan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa esok.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.

Spekulasi wujud gerakan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan menerusi 'Langkah Dubai' pada bulan lalu, mengocakkan semula ketenangan politik negara terutama selepas setahun Kerajaan Perpaduan memerintah.

Konspirasi dikatakan dirancang Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan dakwaan kononnya berjaya mengumpul surat akuan bersumpah (SD) untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga membangkitkan rasa kurang senang rakyat dengan perkembangan politik Malaysia.

Al- Sultan Abdullah bertitah, kemelut politik negara hingga membabitkan pertukaran empat Perdana Menteri berbeza sepanjang lima tahun pemerintahan baginda memberi kenangan sukar diterima.

Baginda bertitah, apa yang sudah berlaku membuktikan perubahan yang dimahukan rakyat dengan khidmat Perdana Menteri dalam tempoh singkat tidak memberikan kebaikan langsung kepada negara.

"Jika kita tukar Perdana Menteri setiap tahun, ada Kabinet baharu, ia tak menjanjikan apa-apa. Ini pengalaman saya. Jadi, rakyat perlu bagi tempoh sewajarnya untuk menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan, bukannya dalam tempoh setahun dua dan kemudian mempersoalkan prestasi mereka.

"Apa yang kita boleh buat dalam tempoh setahun? Jika tukar kerajaan, banyak perubahan akan berlaku membabitkan dasar dan corak pentadbiran yang akan melambatkan proses pengurusan. Malaysia pula perlu lebih kompetitif supaya tak ketinggalan.

"Pelabur asing akan melihat perkara ini dan ketidaktentuan kestabilan negara boleh menyebabkan mereka takut melabur di Malaysia sedangkan kita perlukan mereka ini untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat," titah baginda.


Susulan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat memahami kepentingan menjaga kestabilan negara untuk jangka panjang dalam usaha memacu perkembangan ekonomi ke peringkat lebih tinggi.

"Selain bergantung kepada kerajaan, kita memerlukan pelabur yang membawa pelaburan besar, tetapi mereka hanya akan bertapak di negara ini jika suasananya kondusif.

"Jika tiada pelaburan asing, kita akan kerugian banyak perkara termasuk kutipan cukai," katanya - BH

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Paling lawak pm7.
    Letak jawatan tapi masih nak jadi pm7.1
    Konon nak berdrama harap org pujuk dgn agenda kerajaan perpaduan kuku besi.
    Malang perancangan gagal.
    Kena sailang pm8.
    Pm8 paling singkat penuh dgn hutang dan perutusan pdf.
    Judi diimarahkan.Kayakan diri dan korup sendiri.Jana wibawa lubuk emas peribadi.
    Apa2 pun...ydp Agong sungguh bijak berbanding mangkuk2 tua yg korup.
    Baginda lebih sayangkan rakyatnya dpd melayan mangkuk2 tua tongong.

    DAULAT TUANKU!!!
    Patik pasti merindui Tuanku berdua.
    Semoga dirahmati dan dilindungiNya selalu.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah

    Kau panjangkan Umo Tun Mahathir 120 tahun lagi

    Walaun Tun macam Jon Doe, Budak Suman Bodoh Made In Singapork, Cik.Minah dan Pomen Bawah Tanah Bilang Tun pemoda Panji hitam.dari Timur



    Kah kah kah


    Aminnn ya rabbil alamin

    ReplyDelete
  3. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    ushaservicesonline@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushaservicesonline@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post