Kerajaan Pintu Belakang Kepakaran Anwar - Tun M


 PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad menempelak Anwar Ibrahim berhubung “Langkah Dubai” dengan berkata gerakan menubuhkan kerajaan pintu belakang menerusi beberapa langkah politik adalah kepakaran presiden PKR itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, ramai masih ingat “Langkah 16 Sept” 2008 untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang dan “Langkah Kajang” bagi menukar menteri besar Selangor.

“Ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ dan juga langkah ‘strong, formidable dan convincing majority’.

“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil alih Kerajaan secara ‘backdoor’,” katanya dalam hantaran X.

“Langkah 16 Sept” merujuk usaha Anwar yang dilaporkan memujuk beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menggulingkan Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi dan menyokongnya sebagai perdana menteri.

Usaha itu gagal selepas cadangan Anwar memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat ditolak Abdullah.

Langkah Kajang pula bermula Januari 2014 apabila seorang wakil rakyat PKR meletak jawatan sebagai Adun Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar dilantik sebagai menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar didapati bersalah atas tuduhan meliwat oleh mahkamah dan akhirnya isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Kajang.

Mahathir berkata, semua langkah itu bertujuan mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang, tetapi ia tidaklah dianggap derhaka, pengkhianatan atau menyebabkan kerajaan tidak stabil, merosakkan ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.

“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci, asalkan dapat jadi PM,” katanya sambil menafikan dakwaan terbabit “Langkah Dubai”.

“Saya sudah lama tidak ke Dubai,” katanya.

Beberapa pemimpin Perikatan Nasional dan blok kerajaan dilaporkan bertemu di Dubai baru-baru ini untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar - FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post