Padi Dan Beras Juga Dikawal Kartel?

PETALING JAYA: Gabungan Pengilang Beras Malaysia mendakwa kartel dimonopoli empat hingga lima syarikat besar berperanan menentukan harga padi, beras dan pembekal benih sehingga ada yang mengetepikan arahan kerajaan.

Pengerusinya, Marzukhi Othman mendakwa kartel itu turut menyebabkan masalah bekalan beras dan isu benih padi berulang setiap musim.

Dakwanya, syarikat terbabit mempunyai kilang padi di bawah penguasaan mereka, termasuk mengeluarkan benih dan kartel itu memonopoli lebih 60% pengeluaran beras negara.

“Sistem yang ada perlu diubah dengan mengeluarkan satu sahaja lesen kepada mereka untuk buat pilihan, sama ada lesen kilang padi atau lesen buat atau mengeluarkan benih. Isu kartel ini bukan baharu, malah sudah lama berlarutan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Akhbar itu pernah melaporkan kira-kira 71,000 pesawah dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berdepan kerugian sehingga RM40 juta semusim, jika lewat mengusahakan sawah akibat tiada benih padi.

Isu kelewatan mengagihkan benih kepada pesawah di Kedah dan Perlis bawah Mada berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Marzukhi mencadangkan hak dan lesen pengilangan benih padi sah hanya diberikan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Beliau turut meminta kerajaan menyediakan benih 30 hari lebih awal sebelum jadual penanaman padi bermula dan pihak dilantik hanya membekalkan benih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk diagihkan kepada pesawah setempat.

“Bagi mengatasi isu manipulasi beras pula, kerajaan juga dicadangkan mewujudkan satu sahaja gred beras tanpa perlu label import atau tempatan.”

Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd Shazwan Suban mendakwa kartel membabitkan syarikat atau kilang besar itu selalunya bermain “harga” dan bekalan benih padi menyebabkan kelewatan bekalan berulang setiap musim.

“Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan perlu mengambil alih urusan mengeluar dan bekalan benih padi bagi menjamin kualiti serta mengatasi masalah kelewatan ini,” katanya sambil menambah pesawah tertekan setiap musim menanam padi dan ketika menjual hasil tuaian.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post