PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah..

KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah fitnah melulu yang jelek, keterlaluan dan tidak masuk akal.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata fitnah jahat itu disambut pula oleh beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH) termasuk yang berjawatan dalam kerajaan.


"Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

"Laporan polis telah dibuat oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga mengingatkan pemimpin PH supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor.


"Janganlah memfitnah orang lain semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri.

"Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

"Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletakan jawatan.

"Peruntukan perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan," katanya.


Kelmarin, Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan mengatakan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri - BH

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nak pergi memburu.. Nak pergi memburu.. Nak pergi memburu... ZzazzzzzzZzz.!!! ( Psst teringat filem P Ramlee Nak Cari Kayu .. Nak Cari Kayu..!!)

    Jgn lupa kumpulkan juga Lim Guan Eng kes Torwong Bawah Laut dalam satu sell penjara bersama Tun Daim incoming victim...

    After that Tun Mahathir, Zety Taufik Ayman Jho Low Nik Faisal dan anak taikun taikun mata sepet seperti anak Nevin Tan kes ladang ganja berkilo kilo di condo mewah nya yg Masih lepas bebas kaya raya gilo babi kayo anak nyo...!!

    Saksi utama kes torwong bawah laut Mati bila Nak siasat...!?

    Teo Beng Hock Mati jatuh Bangunan Lim Kit Siang dan DAP paling terkinja kinja terpekik terlolong nak kan Keadilan pada Teo Beng Hick. Kenapa Lim Kit Siang dan DAP diam jadi bangang saksi utama Torwong Bawah Laut didapati mati...!? Puiiii ..!!

    Saksi utama kes Torwong Bawah Laut...Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group, berakhir dengan penuh Mati jatuh Bangunan dng tragis bila nak siasat.

    Nak pergi bersama Raja kayangan memburu pastikan guna PELURU HIDUP bukan kosong nanti hasil buruan jadi sia sia ajer..

    BAWA SENAPANG DAN KELENGKAPAN NAK PERGI MEMBURU
    KATANYA HOBBY SATU KETURUNAN SI RAJA KAYANGAN
    KITA RAKYAT JELATA HANYA LIHAT DAN MENUNGGU
    BAWA PELURU HIDUP BUKAN PELURU KOSONG YER TUAN...!!

    Saya ulangg..

    Nak pergi memburu..Nak pergi memburu..Nak pergi memburu... ZzazzzzzzZzz zasss ZzZzz..!!

    Jom berbalas pantun...!!

    Jangan Jadi "King Of Gebang" udah ler , malu orang Johor nnti..!!


    #KingPuppetIsKingMasterPuppetX

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post