RM6 Juta Itu Diminta Dikembalikan - Sanusi

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.

Menteri Besar Kedah itu berkata, syarikat terbabit mempunyai konsesi projek loji rawatan air di negeri ini dan berharap konsesi itu akan disambung.

Beliau yang juga Presiden KFA berkata bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menyambung konsesi syarikat itu dan wang sumbangan RM6 juta terbabit kemudian meminta wang sumbangan RM6 juta terbabit dipulangkan semula.

"Plot itu saya tahu membabitkan syarikat besar yang lobi untuk dapat sambungan konsesi rawatan air, syarikat itu derma kerana nak suruh kita sambung.

"Saya kata konsesi ini kita tak sambung, kita nak buat sendiri. Dermalah RM80 bilion pun tak sambung, lepas itu dia minta balik duit (sumbangan)," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra.

Beliau ditanya mengenai dakwaan plot yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA membabitkan isu rasuah RM6 juta.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sumbangan syarikat itu dibuat ketika pasukan bola sepak Kedah masih di bawah pengurusan KFA.

Tegasnya, beliau akan mendedahkan lebih banyak plot secara bersiri selepas ini sekiranya pihak yang berkepentingan mahu terus 'berperang' dengannya.

"Depa (mereka) nak bagi Kedah nampak buruk dengan rasuah, saya tak sambung konsesi mana boleh kata rasuah.

"Semua persatuan bola sepak di negara ini ada terima hasil sumbangan, derma. Mana ada untuk keuntungan urus pasukan bola," katanya.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi mengingatkan agensi penguatkuasaan tidak menjadi 'barua' (suruhan) kepada pihak yang memiliki kepentingan politik tertentu.

Sanusi berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan terhadap empat individu yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, kerana ia didakwa menzalimi orang miskin.

Kelmarin, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk CEO KFA yang mana masing-masing berusia antara 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji rawatan air di Kedah - BH

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post