RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?

Ipoh: Polis Perak mengesahkan penahanan dua individu berhubung siasatan ke atas sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dua ejen yang ditahan itu masing-masing seorang lelaki dan wanita.

"Ada tangkapan, (membabitkan) seorang lelaki dan seorang wanita.

"Ejen gagal deposit wang kutipan zakat.

"Baru tangkapan, kita sedang siasat nanti bagi maklumat lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yusri bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan antara dua suspek yang ditahan itu, di mana tangkapan dibuat, serta sama ada dua yang ditahan itu adalah pemilik syarikat atau pekerja.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilapor berkata polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023, yang mana kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dengan setakat semalam, dilapor terdapat individu yang akan dipanggil dalam masa terdekat.

Sementara itu, difahamkan MAIPk tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa sekarang memandangkan perkara itu masih dalam siasatan dan tindakan polis - myMetro

IKLAN

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nanti Wang samun 9.62 jota kutipan zakat simpan kat Bank Singapore eehhh

    Bila kena tangkap nnti Singapura bermurah hati pulangkan Wang samun zakat.

    Ala macam wang samun Jho Low kes 1MDB nnti Singapore dedahkan Wang samun Zety Taufik Ayman Wang samun Tun Daim dan lain lain.

    Penyamun Melayu Suma Wang samun yg diletakkan dalam bank Singapore akan didedahkan Oleh Singap6 bila Ada kepentingan untuk membatu api dan adu domba keum Melayu.

    Yg pelik Wang penyamun Mata sepet kaum Cina di Singapura kerajaan Singapura yg dikuasai PAP@LeeKwanYew iaitu abang pada DAP di Malaysia akan buat buat bodoh bangang senyap sunyi tidak didedahkan.

    Mungkin Wang penyamun Mata sepet Rakyat Malaysia sama species Mata sepet dengan kaum Lee Kwan Yew di Sana

    Pandai menyamun bangang tapi menyimpan harta samun di Singapura


    Bodo bodooo

    ReplyDelete
  2. Tik tok tik tok tik tok

    Jam di dinding udah bebonyi

    Barua barua sudah sembunyi

    Senyap gelabah barua LeekwanYew@DAP

    Formula bangang jerit pekik reformasi

    Pekik terlolong gebang tinggi


    Tunggu masa hanyut ke Laut Mati

    Bertemankan dengan Bangsa Luth LGBT

    Saya ulangggg...

    Berambosss aljubori

    ReplyDelete
  3. PAS sudah bersedia menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

    Tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ rasuah Ahli Parlimen dengan menggunakan duit rakyat untuk rasuah ahli parliament.

    Madani yang kabur maknanya madani diuar-uarkan, sehingga dikatakan penyokong juga ikut membangkang terhadap ucapan-ucapan di Parlimen.

    Pengalaman suka menipu, berbohong, memberi sogokan, ugutan, boleh melakukan apa-apa sahaja, dan boleh berpura-pura bersih dan telus, termasuk dalam kalangan mereka laksana kata pepatah Arab:

    “Dia yang memukul diriku, dia pula yang menangis. Dia yang berlaku zalim terhadapku, dia pula yang mengadu.”

    Berjenama Madani , pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah.

    Pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita.

    Banyak janji yang tidak mampu ditunaikan, banyak formula bodoh disuap dalam minda rakyat tapi formula dan cakapnya tidak serupa bikin. Banyak kenyataan yang bercanggah formula mengarut disajikan pada rakyat.

    Saya ulangggg..

    Tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ rasuah Ahli Parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata mengamalkan politik demokrasi yang sebenar.

    Masa mengoreng rakyat dah tamat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post