Rumah Dibaling 'Molotov Cocktail', Kereta Ngeh Koo Ham Musnah

Menurut Anthony, awal pagi tadi, kediaman Koo Ham diserang dengan 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.


MANJUNG: Tiga buah kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham musnah dalam kebakaran di kediamannya di Lorong Semarak Jaya, Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini, awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataanya berkata, kenderaan yang terbabit ialah Mercedes, Honda CRV dan Toyota Hilux.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati tiga buah kereta terbakar di kawasan parkir kenderaan di rumah berkenaan.

Turut terbakar ialah siling dan bumbung garaj kereta.

Bagaimanapun, insiden itu tidak membabitkan mangsa atau sebarang kecederaan.

Sabarodzi berkata, anggota bomba kemudiannya menggunakan konsep RECEO dan melakukan kerja pemadaman dengan satu aliran 100 kaki.

Selain itu pasukan turut menggunakan satu aliran hose reel dari pam pili bomba bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tiada lagi bahaya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Tarmizi Abdul Ghani itu tamat pada jam 4.44 pagi.

Sementara itu, Koo Ham dijangka mengadakan sidang media di Pusat Khidmat Ayer Tawar jam 12.30 tengah hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi media berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadia itu - AstroAwani

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kah kah kah

    Rumah Ngeh terbakau...

    Awasi itu Suma gimik murahan....

    Saja Nak Batu api orang Cina...

    Nak membatu api orang melayu Suma dah tak Jalan....

    Barua DAP@LeeKwanYew yang sudah Jadi sampah VS Barua DAP@LeeKwanYew yang Baru sedang berbunuhan sesama sindri...

    Orang Melayu tak terkinja kinja Nak guling guling atas Jalan Raya lagi dah bila sesama barua2 Melayu mereka sedang berantakan....

    Cara nya skg bakar rumah pemimpin Cina Kasi kaum Cina terkinja kinja ambil tindakan

    Kah kah kah

    Pada semua orang Melayu sekelian


    Haaah tepokkkk Jangan tak tepokkkk

    Drama membatu api Kan orang Melayu Nak guling guling atas Jalan Raya dah tak laku

    Drama bodoh bangang dari barua barua DAP@LeeKwanYew Nak bagi orang Melayu terkinja kinja melompat macam monyet atas Jalan Raya dah tak laku...

    Berambosss Kau barua DAP@LeeKwanYew


    Cuma Nak Tanya Sket bila Nak tangkap Jho Low, Zety dan Taufik Ayman...!?

    Apa JASA besau Taufik Ayman dan Jho Low nih...!?

    Dulu bole nyanyi "Bangau oh Bangau"

    Bangau ohh Bangau kenapa engkau lapar...bla bla bla

    Skg ubah tanjuk lagu "Barua ohh Barua"

    Skg ni

    Barua ohhh barua...
    Kenapa Kau tak tangkap Jho Low...
    Bagai mana aku Nak tangkap Jho Low..

    Jho Low dah tertukar Jadi beruang. 2x

    ..bla..bla...bla


    KHALAS


    Kikiki

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post