Siapa Bekas PM Yang Akan Di Panggil SPRM?

PETALING JAYA: Seorang bekaspemimpin tertinggi kerajaan dan ketua setiausaha sulit dipercayai akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Beliau antara bekas pemimpin tertinggi kerajaan yang sedang disiasat SPRM kerana disyaki memiliki aset, perniagaan daripada hasil meragukan.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tumpuan siasatan yang dijalankan SPRM juga memberi perhatian terhadap kekayaan dimiliki ahli keluarga bekas pemimpin tertinggi berkenaan termasuk anak-anak dan isterinya.

Sumber berkata, penaung kepada sebuah yayasan itu didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan dengan memberi projek melibatkan dana awam kepada individu tertentu ketika beliau memimpin negara semasa pandemik Covid-19.

“Ahli Parlimen di sebuah negeri Pantai Timur dan orang kanannya mungkin akan dipanggil SPRM minggu hadapan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009,” katanya.

Dalam perkembangan bera­singan, sumber berkata, SPRM juga dipercayai telah menjalankan siasatan terhadap seorang lagi bekas pemimpin tertinggi selepas disyaki menggunakan dana kerajaan bagi menyelamatkan perniagaan anaknya sehingga menyebabkan syarikat gergasi petroleum negara, kerugian lebih RM500 bilion sejak 1979.

Kata sumber, syarikat gergasi petroleum itu juga didakwa menjadi ‘alat’ dalam menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan yang mengalami masalah kewangan.

“Dana-dana daripada syarikat gergasi petroleum ini disyaki telah digunakan untuk membina beberapa projek mega negara. Selain bekas pemimpin tertinggi ini, ada juga taikun-taikun perniagaan juga sudah berada dalam radar siasatan SPRM,” jelas sumber.

Pada 22 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan SPRM menyiasat dan menyita Menara Ilham di ibu negara membuktikan sistem penguat kuasaan negara ini tidak melin­dungi sesiapa yang terlibat dalam rasuah.

Anwar berkata, sistem keadilan dan penguatkuasaan khususnya berkaitan integriti mesti menunjukkan contoh dan berani untuk bertindak terhadap perasuah besar.

“SPRM menjalankan tugas dia dan tidak mengira kedudukan sama ada dia Tun, Tan Sri. Kalau tidak, ia kritikannya apa? Ikan kecil ini ditangkap, yang kepala-kepala tak boleh disentuh,” tegasnya.

Dalam pada masa sama, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan sinis dan sindirannya menyindir pihak berkuasa, sambil menggesa kerajaan menahan reman semua mereka yang memegang gelaran Tun, termasuk dirinya jika tidak mendedahkan sumber kekayaan mereka.

Sementara itu polis menye­rahkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti kepada SPRM.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah ketika dihubungi, berkata, satu laporan telah diterima pihaknya tengah hari semalam berkaitan dakwaan salah guna dana itu.

“Pihak polis akan membuat surat rasmi untuk tindakan pihak SPRM Selasa ini,” katanya.

Semalam, Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan kepada media, pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 2 petang. –UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post