Inspektor Dan 7 Anggota Direman, Kes Pemerasan RM35,000

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata kesemua lapan individu berusia 20 hingga 50 tahun itu direman empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.


"Pada jam 9.32 malam kelmarin (Isnin), kita menerima laporan berkaitan kes dakwaan pemerasan membabitkan wang tunai berjumlah RM35,000 oleh pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam.

"Kes diklasifikasikan dan disiasat bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. Kes masih pada peringkat siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seterusnya, Kumar berkata, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

Pada masa sama, beliau menegaskan, pihaknya komited dalam usaha memerangi sebarang masalah integriti dan salah laku jenayah dalam kalangan pegawai serta anggota pasukan itu demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis.

"Mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah, akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Terdahulu, seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun dikatakan membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Pengadu dikatakan hadir ke IPD Seri Alam dan menyerahkan wang berjumlah RM35,000 kepada anggota polis berkenaan, namun mendakwa bahawa adiknya masih tidak dibebaskan hingga kini.

Susulan itu, enam lelaki dan dua wanita yang juga pegawai serta anggota polis IPD Seri Alam ditahan kira-kira jam 2 pagi semalam untuk siasatan lanjut - Berita Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. The recent arrests related to extortion involving police officers are concerning. Upholding integrity within law enforcement is crucial for public trust. Let's await the investigation outcomes while maintaining faith in the justice system.
    Is New York A Community Property State for Divorce

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post