Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Berpotensi Lonjak Inflasi 2024

KUALA LUMPUR: Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.

Ahli ekonomi firma penyelidikan itu, Chin Yee Sian berkata momentum inflasi dijangka meningkat seawal suku kedua 2024 susulan pelaksanaan beberapa cukai dan pelarasan harga.


Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan berkemungkinan mempunyai kesan material terhadap trajektori inflasi manakala pelarasan tarif air dan elektrik memberi kesan langsung yang terhad.

“Semua langkah dasar yang dinyatakan di atas akan mempunyai potensi peningkatan langsung kepada inflasi utama sebanyak 0.7% hingga 1.1%, mendorong julat inflasi untuk 2024 kepada 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2023 pada 2.5% tahun ke tahun.

“Kami mengekalkan unjuran inflasi utama dan inflasi teras bagi 2024 pada 3.3% dan 3.6% tahun ke tahun, dengan risiko cenderung kepada peningkatan,” ujar beliau dalam laporan Ekonomi Global dan Strategi Pasaran.

Chin menjelaskan bahawa magnitud sebenar risiko kenaikan akan bergantung kepada beberapa faktor utama seperti tarikh kuat kuasa pelaksanaan semakan dasar, kuantum pelarasan harga dan tarif, serta kekuatan kesan pusingan kedua inflasi terhadap perbelanjaan isi rumah dan kos perniagaan.

Selain itu, ia turut bergantung kepada potensi kesan daripada cukai barang bernilai rendah (LVGT) dan cukai barang bernilai tinggi (HGTV) yang tidak dapat diukur ketika ini.

Menurut Chin, firma itu mengandaikan sekiranya harga diesel meningkat 5% atau 10 sen bermula April ini daripada harga semasa RM2.15 seliter, Indeks Harga Pengguna (IHP) utama mungkin meningkat antara 0.10% hingga 0.15%.


Anggaran ini adalah lebih rendah daripada unjuran terdahulu firma itu antara 0.2% hingga 0.3% disebabkan oleh kejelasan tarikh pelaksanaan manakala andaian terdahulu telah dibuat untuk keseluruhan ekonomi Malaysia, yang kemudiannya dumumkan bahawa dasar rasionalisasi diesel tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

“Begitu juga dengan andaian bahawa harga RON95 meningkat pada kadar yang sama sebanyak 5% atau 10 sen bermula Jun daripada harga semasa RM2.05 seliter, IHP utama mungkin meningkat 0.15% hingga 0.2%,” tambahnya.

Sementara itu, kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% yang dijangka bermula pada 1 Mac merangkumi semua perkhidmatan kecuali makanan dan minuman, perkhidmatan tempat letak kereta dan telekomunikasi.

Chin berpendapat bahawa kadar cukai perkhidmatan yang disemak naik ini dianggarkan mendorong kenaikan IHP utama antara 0.3% hingga 0.6%. - Dagang News

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post